Cara Memancing Udang Galah


 TEKNIK MENGUMPAN UDANG GALAH, Cara Terbaik Pancing Udang Galah, teknik mengumpan udang galah, cara mudah mengumpan udang galah, pancing udang galah

TEKNIK MENGUMPAN UDANG GALAH


Bagaimana Cara Terbaik Pancing Udang Galah?

Salam… Untuk entri kali saya akan bincangkan tentang Cara dan Teknik mengumpan udang galah. Ia merangkumi dari segenap aspek iaitu dari segi peralatan memancing, kawasan memancing, umpan pancing, waktu pancing dan sebagainya. Perkongsian ini adalah dari pengalaman dan pembacaan serta perkongsian rakan-rakan pemancing saya diluar sana yang juga kaki pancing udang galah. Diharap dengan adanya entri ini tentang cara dan teknik memancing udang galah, dari segi umpan udang galah, peralatan memancing, pot udang galah dan sebagainya, memberi  ilmu pengetahuan kepada pembaca sekalian tentang cara dan teknik memancing udang galah. Tapi sebelum itu kita fahamkan dahulu tentang fakta Udang Galah dan selepas itu baru topik cara pancing udang galah.

FAKTA LENGKAP TENTANG UDANG GALAH

Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Termasuk dalam keluarga Palaemonidae, udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain.

Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti pesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies.Udang galah Macrobrachium rosenbergii dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau. Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, atau pun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah.  

Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit. Spesies udang galah mudah dikenali terutamanya bagi penduduk yang duduk berhampiran sungai dan persekitarannya. Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.
CIRI-CIRI UDANG GALAH

FAKTA FIZIKAL UDANG GALAH


Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai. Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.

Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan spesies ini berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia. Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan. Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.

Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia. Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan spesies ini kekal beberapa dekad lagi. Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang galah mengawan apabila mula matang. Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva. Bagi udang galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan. Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga tujuh ekor udang galah betina. Proses pengawanan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang bermaya.

Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan. Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses persenyawaan.Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur. Terdapat tiga fasa peringkat telur.

Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama. Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang galah. Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya. Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas. Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut. Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva.

Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari makanan, membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang. Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.Mata kumpuan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran. Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan. Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.

Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor. Namun, kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya matahari. Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik. 
 Cara Memancing Udang Galah

  Cara Memancing Udang Galah




CARA MEMANCING UDANG GALAH


Perbincangan dan persediaan memancing perlu dengan rakan pemancing. Seeloknya jangan memancing berseorangan kerana amat berbahaya. Berbincang secara santai dan aman paling kurang sehari sebelum memancing tentang peralatan, tempat, masa, umpan dan sebagainya. Amalkan semua ini untuk menjamin dalam soal hasil pancing dan keselamatan.

PERALATAN MEMANCING UDANG GALAH



Joran pancing dengan hujung yang lembut, ringan, kira mudah lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil. Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga menggunakan penggulung kayu. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Mata kail pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nombor 9 hingga 12. Timah pemberat kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa lari arus pulak. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri. Secara kesimpulannya bergantung kepada kawasan pancingan dan arus sungai. Saya pernah memancing udang galah menggunakan pelampung kerana keadaan kawasan pancingan telalu banyak bahan buangan dan sampah di dasar sungai serta berbatu. Kalau pakai batu ladung atau pemberat pasti akan tersangkut.
BOT MEMANCING UDANG
Bot pancing

LIFE JAKET MEMANCING
life jacket





UMPAN MEMANCING UDANG GALAH



Udang Galah sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail. Antara umpan terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang nasi atau udang beras dan hari ayam dadu. Ini adalah umpan memancing udang galah yang selalu saya gunakan. Senarai umpan ini juga mejadi pilihan pemancing udang galah sekarang.


UMPAN CACING UDANG GALAH

Umpan cacing Udang galah


umpan hati ayam udang galah

Umpan Hati Ayam Uadang galah


Umpan udang galah anak udang

Udang Nasi atau Udang Beras umpan Udang Galah






LOKASI MENGUMPAN UDANG GALAH


LOKASI UDANG GALAH

LOKASI UDANG GALAH

WAKTU MEMANCING UDANG GALAH



Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik Undang galah, antaranya kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun. Kedua lihat pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras. Jika  arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.


CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN



Apabila udang galah beratnya lebih 300 gram  maka umpan akan langsung dilarikan dan ujung joran akan langsung melentik atau melengkung. Bagi udang ukuran biasa dan kecil, biasanya sewaktu umpan dimakan, leader akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan capitnya sehingga ujung joran akan melentik beberapa kali seperti ikan kecil yang makan. Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan digentak kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak dan pastinya udang galah akan terlepas. Jika Udang sudah mengena, angkat joran perlahan-perlahan sambil mengarai reel dengan posisi hujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air. 

Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya koyak terkena kail. Jadi pancinglah dengan atau situasi yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga Udang Galah makan tanpa ada gerakan jadi untuk 15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih kurang 1 kaki karauan. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. 

CARA MEMANCING UDANG GALAH


CARA PANCING UDANG GALAH

CARA PANCING UDANG GALAH


Cara memancing udang galah sebenarnya terdapat dua kaedah atau cara. Cara pertama mengunakan sampan atau Bot dan cara kedua memancing di tepi tebing.


Cara Memancing Udang Galah Di atas Sampan atau Bot 




Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.



Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. 


Memancing Udang Galah Di Tebing 



Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagi. Ia juga untuk memudahkan untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan dan mencukupi. Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga mennggunakan pemacak atau penahan joran bagi megelakkan joran terjun ke dalam sungai.


TIPS MEMANCING UDANG GALAH



Bagaimana Tips Memancing Udang Galah? Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan umpan, kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain atau baru.


Musim tengkujuh ataupun musim banjir adalah tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta keadaan air yang sejuk. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 3 ke 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai. Jaket keselamatan juga perlu ketika memancing di atas sampan atau bot. ini adalah kerana malang tidak mengenal mangsa. 

Cara Memancing Udang Galah

Cara Memancing Udang Galah


KESIMPULAN TENTANG PANCING UDANG GALAH



Memancing adalah suatu hobi yang sangat mengujakan. Terutama bila mendapat hasil seperti diharapkan. Memancing samada ia hobi anda ataupun pekerjaan anda ataupun sumber pendapatan anda, lumrah hidup samada anda Berjaya mendapat hasil pancingan ataupun tidak. Yang penting kita terus berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Yang Berjaya pula haruslah bersyukur dengan rezeki dariNya. Di harap dengan adanya post atau entri tentang cara dan teknik memancing Udang Galah ini member manfaat yang berguna pada pembaca dan pemancing sekalian. Kiranya ada kekurangan atau kesilapan dalam entri ini maafkan kekurangan saya. Secara amnya entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah adalah dari pengetahuan, pengalaman dan pembacaan saya selama ini. Yang penting kita berusaha rezeki adalah dariNYA. Semoga entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah bermanfaat dan berguna untuk anda.

Wassalam.
 

Ditulis Oleh : Bro hantu ~Myrodreel

Blog, Updated at: 02:10

10 comments:

  1. lengkap dan detail yang saya boleh katkan tentang info atau artikel tentang car memancing udang galah terbaik. saya selalu pratikkan apa yang saudara terangkan di bawah. terima kasih atas info ini tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekadarberkongsi pengetahuan dan pengalaman.. Thanks sudi baca dan komen artikel teknik memancing udang galah

      Delete
    2. terima kasih atas perkongsian cara memancing udang galah

      Delete
  2. tengah dalam proses belajar memancing udang galah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la. Diharap ia berguna untuk anda yang baru berjinak dalam aktiviti memancing udang galah

      Delete
  3. sekarang susah nak cari tempat memancing udang galah.

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba memancing udang galah nih - makan pernah tak tak banyak kali le. mahal siot

    ReplyDelete
  5. udang galah kalau dimasak lemak cili padi..memang sedap tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidangan berbuka puasa pasti best tu

      Delete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free