Teknik Pancing Pantai Terbaik

Bagaimana Teknik Pancing Pantai Terbaik

Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik

Teknik Pancing Pantai

Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik

Teknik Pancing Pantai

Apakah Teknik Pancing Pantai Terbaik? Bagaimana anda di luar sana tentang cara pancing di tepi pantai terbaik? Mungkin terdapat pelbagai petua dan tips memancing di pantai yang saudara amalkan. pada post kali ini saya ingin bincangkan tentang teknik pancingan pantai yang saya amalkan samada ketika pertandingan memancing di pantai atau memancing di pantai  ketika hari biasa. Teknik pancing pantai yang saya amalkan selalu membuahkan hasil, InsyAllah  kalau dah rezeki DariNYA. Mungkin cara pancingan di tepi pantai dengan pembaca sekalian adalah berlainan. Apa yang saya amalkan dalam tips atau cara serta teknik pancing pantai ini adalah hasil pengalaman saya, rakan-rakan dan melalui pembacaan saya. Kita lihat Apakah Teknik Pancing Pantai Terbaik?

Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik

Teknik Pancingan Pantai

Cara terbaik memancing di pantai ialah membuat balingan yang paling jauh mampu dilakukan sambil pastikan tali dalam kedudukan tegang, tunggu jika ada tarikan atau henjutan dengan memerhatikan hujung joran. Anda juga boleh letakkan loceng di hujung joran untuk memudahkan anda. Jika dalam masa 15 minit masih tiada henjutan atau tarikan cuba karau sedikit lebih kurang 1 kaki dan tunggu lagi dan jika dalam 15 minit masih tiada juga cuba ulangi proses tersebut. Berhenti jika terdapat henjutan atau tarikan ikan. Teknik ini adalah penting untuk mengetahui lokasi ikan bermain ketika air pasang dan surut. Oleh kerana laut adalah terbentang luas di depan mata, sukar untuk meramalkan lokasi kawanan ikan.

Sesetengah kawasan pula ombak sendiri akan menolak umpan pemancing ke arah pantai ketika air pasang. Jika ini berlaku kita perlu memastikan tali sentiasa dalam keadaan tegang. Cara melontar yang berkesan ialah letak ladung dan umpan di atas pasir dengan kedudukan joran mendatar ke belakang. Pemancing perlu berada dalam kedudukan seperti atlit merenjam lembing. Anda boleh merujuk kepada teknik surf casting berkaitan dengan langkah lontaran, kaedah lontaran, aspek lontaran, teknik ikatan dan jenis perambut yang sesuai serta kombinasi peralatan termasuk joran, kekili, muatan dan saiz tali. Berikut adalah perkara-perkara berkaitan yang di beri perhatian sebelum anda turun memancing atau teknik pancing pantai.

Peralatan Teknik Memancing Pantai

Rod Pancingan Pantai

Rod untuk pancingan di tepi pantai adalah syorkan 8 kaki keatas. Lagi panjang lagi elok memudahkan lontaran yang lebih jauh. Saya biasa menggunakan rod 10 kaki untuk teknik pancing pantai.

Reel Pancing Pantai

Gunakan reel pancing yang tahan air masin adalah di syorkan untuk kaedah teknik pancing pantai. Saiznya pula lebih kurang 3000 series keatas. Manalaka gear ratio pula 3 keatas adalah terbaik untuk cara memancing di pantai.

Perambut pancing Pantai

Perambut pancing pantai terbaik untuk memancing ikan di pantai adalah 20-50lb kalau tali tangsi dan 40lb keatas jika anda menggunakan perambut tali sulaman.

Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik, perambut pancing pantai

Contoh Perambut Pancing Pantai

 Tali Utama Memancing Pantai

Tali utama untuk teknik memancing di pantai yang saya syorkan adalah 20lb keatas untuk tali tangsi dan 30 paun ke atas untuk tali sulaman

Mata kail Pancing Pantai

Mata kail yang di syorkan adalah yang tajam dan tahan lasak. Saiz lagi kecil lagi elok tapi perlulah tahan lasak. Sebenarnya ia juga bergantung jenis ikan yang di pancing di pantai juga. Saiz mata kail yang saya gunakan adalah kecil tapi tajam dan kukuh.

Batu Ladung atau pemberat

Pemberat atau batu ladung untuk cara memancing pantai bergantung kepada keadaan air atau ombak. Pemberat sangat perlu bagi mengelakkan umpan bergerak. Guna ladung hidup pun buleh kalau memancing di pantai berpasir, atau ladung mati di pantai berlumpur. Kelebihan guna ladung mati balingan lebih jauh sebab berat kat hujung tali, bukan kat tengah berbanding ladung hidup. Atau gunakan ladung khas dibuat untuk surfcast yang mampu menahan dari tergolek ditolak arus dan ombak. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan dan ia perlulah di sesuaikan dengan rod, tali utama dan juga tali perambut. Biasa saiz yang saya gunakan saiz 7 keatas, bergantung kepada keadaan pantai.

Umpan memancing di Pantai

Umpan pancing pantai yang selalu saya gunakan adalah udang hidup, Udang segar, Perumpum, Hirisan ikan, Sotong pasar, Sotong kurita, Anak ikan belanak, Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai, Ketam angin, anak ketam batu, Roti, Roti canai, daging ayam untuk ikan kuku, Siput, kerang, kupang, isi cengkeram dan macam-macam lagi.
Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik

Umpan Pancing Pantai

Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik

Umpan Pancing Pantai

Air atau Ombak

Keadaan air atau ombak sangat penting dan wajib diambilkira sebelum anda keluar memancing di pantai. Ini adalah bagi memberikan hasil pulangan atau hasil pancing dan juga soal keselamatan. Untuk itu anda perlu kepada melihat Jadual Pasang surut air sebelum keluar memancing.

Masa atau Waktu Memancing Pantai

Waktu terbaik bagi pancingan tepi pantai adalah ketika air pasang penuh. Pada waktu itu ikan akan berada rapat pantai atau tepian pantai. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Masa paling mujarab ialah lepas waktu Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Waktu malam adalah waktu terbaik untuk memancing di pantai kerana ikan lebih aktif dan efektik berbanding disiang hari.

Hasil Pancing Pantai, Teknik Pancing Pantai, keadan terbaik mancing di pantai, cara memancing pantai, bagaimana memancing di pantai, umpan pancing pantai, waktu pancing pantai, cara pancing pantai, tips pancing pantai, Teknik Pancing Pantai Terbaik

Hasil Pancing Pantai

Sekian sahaja berkaitan teknik atau cara pancing di pantai. Teknik pancing pantai ini adalah bersumberkan dari pengalaman saya, pegalaman sahabat memancing dan juga melalui pembacaan. Semoga cara atau kaedah pancingan di tepi pantai ini berguna untuk anda. Sekiranya ada kekurangan dalam Teknik Pancing Pantai atau kaedah memancing di pantai dalam entri ini adalah sebab kelemahan saya sendiri. Ia juga mungkin dari kaedah penyampaian saya. Sekian.

Blog, Updated at: 08:15

10 comments:

  1. Sebenarnya saya memang tidak suka memancing ikan di pantai.. hanggus la tuan. tetapi pasal info memancing ikan dipantai memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba.. belum cuba belum tahu

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian ini tuan. satu teknik memancing di pantai yang berguna untuk saya yang masih baru dalam bab memancing ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah, mungkin bergunan untuk anda

      Delete
  3. yg mencabar pancing pantai ni nk baling jauh....masih blm dpt baling jauh walaupun mcm2 teknik dh buat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis tali utama, panjang perambut, kedudukan batu ladung dan rod kena sesuaikan baru dapat baling jauh. Teknik hayunan juga memainkan peranan juga

      Delete
    2. untuk perambut pancing pantai saiz brapa yg sesuai?

      Delete
    3. 40lb keatas dah boleh guna. Saya biasa guna 40 atau 50lb

      Delete
  4. klu boleh bagi contoh mata kail.di pasaran ada berpuluh2 jenis dn fungsi.klu tuan bg contoh mata kail yg tuan guna pn xpe.kalau boleh tlg bagi contoh sekali cara cangkuk umpan di mata kail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah dan komen.. betul tu...Saya akan buat entri susulan dari entri ini, iaitu berkenaan perambut dan mata kail untuk memancing di pantai... Teruskan bersama blog ini dengan melangan Google+ atau like page FB myrodreel.com.. sekian terima kasih atas cadagan dan pertanyaan

      Delete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free