Cara Memancing Ikan Kerapu Laut

cara memancing kerapu

Ikan Kerapu

Cara Memancing Ikan Kerapu

Bagaimana Cara Memancing Ikan Kerapu? Bagaimana Pula Waktu Terbaik Memancing Ikan Kerapu? Umpan Apa Terbaik Cara Memancing Ikan Kerapu? Itulah pertanyaan yang sering menjadi persoalan pemancing yang ingin mengumpan ikan kerapu atau memancing ikan kerapu. Disini saya kongsikan sedikit Tips, panduan, atau Cara memancing Ikan kerapu. Sebenarnya saya bukanlah Pakar dalam Cara Memancing Ikan Kerapu. Hanya beberapa kali saya ke laut dan pantai untuk pancing ikan kerapu. Teknik memancing ikan kerapu sebenarnya tidaklah sesusah yang di sangka. Saya pernah menaikkan Ikan kerapu besar ketika memancing ikan siakap liar di kawasan berbatu di kuala sungai. Ketika itu saya memancing bukan menggunakan Umpan Memancing Ikan Kerapu pun. Tetapi apakan daya umpan memancing saya di sambar ikan kerapu. Ketika itu saya masih lagi baru belajar memancing dan tak tahu pun lagi tentang tips, petua dan panduan mancing ikan kerapu. Teknik memancing kerapu sebenarnya tidaklah susah sekiranya anda tahu tentang tips, panduan, petua dan teknik pancing ikan kerapu. Ini adalah sedikit Panduan Cara Memancing Ikan Kerapu yang sama praktik sewaktu mengumpan ikan kerapu.

Apa yang anda perlu tekankan ialah seperti waktu mancing sesuai pancing, habitat ikan kerapu, umpan ikan kerapu, cara ikan kerapu makan, tempat memancing ikan kerapu dan di padankan pula dengan asas perambut, mata, kekili atau reel dan juga rod atau joran dalam memancing ikan kerapu. Untuk memancing ikan kerapu kolam pula, saya tidak pernah memancing ikan kerapu kolam jadi tak arif sangat tentang cara memancing ikan kerapu kolam berbayar. Mungkin suatu hari nanti saya akan mencuba mancing ikan kerapu kolam pancing pula. Jadi kali ini saya akan kongsikan cara memancing ikan kerapu yang saya amalkan, melalui pembacaan serta teknik memancing ikan kerapu dari rakan-rakan pemancing saya.

Kenali Spesies Ikan Kerapu

Bagaimana kita hendak membezakan Spesies Ikan Kerapu? Terdapat pelbagai spesies ikan kerapu di malaysia. Habitatnya ada di terumbu karang, kapal karam, kawasan berbatu, kuala sungai, tebing berbatu, unjam dan kawasan pantai berteluk. Berikut antara spesies Ikan kerapu liar yang di temui di perairan Malaysia. 
Ikan Kerapu atau “Grouper” dalam bahasa English,  adalah ikan kerapu yang sangat digemari dan popular di kalangan pemancing, nelayan dan juga peminat masakan ikan kerapu. Malah Masakan ikan kerapu adalah di kenali masakan mewah di kalangan bangsa Tion Hwa.

Ikan Kerapu mendapat permintaan tinggi oleh peminatnya dan hotel-hotel terkemuka menyebabkan harganya menjadi mahal. Walaupun begitu populasinya masih tinggi di Malaysia. Sebab-sebab ini, Ikan Kerapu selalu di pancing oleh pemancing-pemancing.

Sumber Wikipedia.
 
Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin. Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ikan Kerapu Bara mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm. Spesies Ikan Kerapu Bara (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.
Ikan Kerapu Pisang atau juga dikenali sebagai Ikan Kerapu Sunuh (nama saintifik Plectropomus maculatus) merupakan sejenis ikan air masin. Ikan Kerapu Pisang terdapat dalam aturan Perciformes keluarga Serranidae. Ikan Kerapu Pinang merupakan spesis ikan kerapu yang biasa ditemui diperairan Malaysia. Ikan Kerapu Pisang juga pernah menjadi salah satu spesis popular untuk ternakan pada awal tahun 1990-an yang lalu sebelum digantikan dengan spesis-spesis baharu dan lebih tinggi nilai pasarannya dalam industri ternakan marin. Pada masa yang lalu, Ikan Kerapu Pisang dianggap satu spesis ikan kerapu pilihan yang lebih baik berbanding ikan Kerapu Botol.
Ikan Kerapu balong atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan kerapu air masin. Ikan Kerapu Balong merupakan ikan Kerapu dalam keluarga Serranidae. Ikan Kerapu Balong terdapat di Australia, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kemboja, China, Djibouti, Eritrea, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Iraq, Jepun, Jordan, Kenya, Kuwait, Macau, Malaysia, Mauritius, Mesir, Micronesia, Mozambique, New Caledonia, Oman, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Filipina, Qatar, RĂ©union, Arab Saudi, Singapura, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Taiwan, Tanzania, Thailand, Amiriah Arab Bersatu, Vietnam, dan Yaman. Habitat semula jadinya adalah kawasan subtropika atau hutan bakau tropika, laut terbuka, laut cetek, dasar laut subtidal, terumbu karang, air payau, dataran antara pasang-surut, dan teluk persisiran masin. Ia terancam oleh kehilangan habitat.

Ikan Kerapu Pulut atau nama sainsnya Epinephelus epistictus merupakan sejenis ikan Kerapu air masin.
Ikan Kerapu Bara

Ikan Kerapu Bara

Ikan Kerapu Pisang

Ikan Kerapu Pisang

Ikan Kerapu Balong

Ikan Kerapu Balong

Ikan Kerapu Pulut

Ikan Kerapu Pulut

Ikan Kerapu pisang merupakan spesies ikan kerapu yang paling popular kerana harganya yang sangat tinggi berbanding spesies ikan kerapu lain. Rupa badan Ikan Kerapu pisang yang berbintik kuning sangat digemari pengemar masakan ikan kerapu dan menjadi hidangan mewah di hotel-hotel dan restoran di Malaysia. Oleh kerana permintaan tinggi akibat harga yang mahal serta isiinya yang lazat ia amat jarang diperolehi.

Lokasi Memancing Ikan Kerapu

Apakah Cara Menetukan Lokasi Memancing Ikan Kerapu? Habitat Ikan Kerapu biasa ada di terumbu karang, kapal karam, kawasan berbatu, kuala sungai, tebing berbatu, unjam dan kawasan pantai berteluk. Berikut antara spesies Ikan kerapu liar yang di temui di perairan Malaysia. Ia di temui dalam saiz yang amat besar di Laut yang dalam sehingga puluhan Kilogram. Habitatnya yang menentukan Lokasi Memancing Ikan Kerapu.

Lokasi Memancing Ikan Kerapu

Lokasi Memancing Ikan Kerapu

Peralatan Cara Memancing Ikan Kerapu

Peralatan mengumpan atau memancing Ikan kerapu perlulah disesuaikan dengan kawasan yang hendak di pancing. Ia Perlu dititikberatkan dalam Cara memancing ikan Kerapu. Misalnya kalau Cara memancing ikan kerapu di lautan dalam gunalah yang lebih kuat dan kasar sesuai dengan memungkin anda mendarat ikan kerapu yang bersaiz mega. Kalau mancing Ikan kerapu di kawasan pantai berbatu gunakan peralatan yang lebih rendah sedikit kerana jarang dihuni ikan kerapu yang bersaiz mega.

Tetapi peralatan mestilah sesuai dengan Cara memancing ikan kerapu yang mana boleh menahan geseran batuan dan berstuktur. Perlulah memastikan tali utama, mata kail dan perambut juga perlu terdiri dari jenis yang tahan kuat dan tahan lasak demi menahan asakan ikan kerapu yang hebat bermain di celahan batu. Amat mengecewakan sekiranya kail sudah mengena tapi ikan kerapu terlepas akibat tali utama atau perambut gagal menahan asakan. Oleh itu amalkan teknik dan cara mancing ikan kerapu yang betul untuk memastikan ikan kerapu yang mengena tidak terlepas. Untuk itu anda disarankan membaca artikel yang saya sertakan link dibawah.

Panduan Ikat Mata Kail Memancing

Panduan Memancing Ikan Kerapu

Umpan Pancing  Ikan Kerapu


Umpan Mancing  ikan kerapu terbaik bagi saya ialah ikan kembung potong . Namun ada juga pemancing yang menggunakan udang hidup, hirisan sotong dan udang pasar untuk memancing ikan kerapu. Kadang-kadang pelik juga dengan sikap memakan ikan kerapu ni, disambar apa sahaja ketika ia lapar. Kadang-kadang Ikan Kerapu makan umpan dengan lahap mengalahkan ikan siakap, kadang-kadang makan lembap sangat macam ketam.

Waktu Sesuai Memancing Ikan Kerapu


Apakah waktu sesuai memancing ikan kerapu? Waktu yang paling sesuai memancing ikan kerapu ialah lewat senja, sebelum subuh dan sewatu air surut. Saya tak pernah memancing ikan kerapu siang hari. Tak tau la kalau cara memancing ikan kerapu kat kolam boleh makan ikan kerapu. Teknik pancing ikan kerapu anda sudah arif tapi kalau tidak tahu waktu pasang surut air pasti memberikan masalah tentang hasil tangkapan. Oleh itu semak pasang surut air laut sebelum anda turun memancing ikan kerapu.

Petua Mancing Ikan Kerapu


Jika memancing ikan kerapu di tebing atau batuan, anda tak perlu baling umpan jauh Cuma baling umpan pancing kerapu di celah-celah batu sahaja. Ikan kerapu memang habitat dia suka tinggal di celah-celah batu. Itulah Cara Memancing Ikan Kerapu di kawasan berbatu.


Petua utama ketika ikan kerapu menyambar umpan ialah lawan ikan kerapu jangan biarkan ikan kerapu menarik kedalam batu. Ini penting mengelakkkan tali perambut atau tali utama putus akibat terkena batuan.

Jika ikan kerapu telah kedalam batu cuba bermain dengan ikan kerapu dengan tarik prerlahan-lahan. Atau biarkan sahaja tapi jangan tali utama kendur.  Cuma tarik kekili perlahan-lahan supaya ikan kerapu keluar dari batu.


Ikan kerapu biasanya suka makan dengan perlahan-lahan pastikan anda selalu memeriksa umpan pancing ikan kerapu. Jika pot yang telah anda naikkan ikan kerapu, cuba baling ketempat yang sama kerana ikan kerapu biasa berkumpulan dalam 3-5 ekor. Inilah petua terbaik Cara Mancing Ikan Kerapu.


teknik pancing kerapu



Kesimpulan Cara Memancing Ikan Kerapu

Sedikit kesimpulan tentang Cara Memancing Ikan Kerapu. Aktiviti memancing ikan sebenarnya memerlukan kecekalan dan kesabaran. Begitu juga dengan cara mengumpan ikan kerapu. Perkara inilah yang perlu anda titik beratkan demi menjamin keselamatan dan juga pulang dengan hasil memancing ikan kerapu. Kesibukkan memancing juga jangan melalaikan anda dengan amalan anda seharian sebagai seorang yang beragama Islam. Sebelum memulakan aktiviti memancing ikan mulakan dengan Bismillah dan berdoa untuk memancing semoga dengan pertolonganNYA kita dimurahkan rezeki. Cara memancing ikan kerapu, panduan, tips, petua, teknik dan umpan  untuk memancing ikan kerapu sudah disediakan jadi selebihnya kita berserah kepadaNYA. Kerana DIALAH milik segalanya, kita adalah penghuniNYA. Semoga artikel Cara Memancing Ikan Kerapu samada di laut dalam, pantai, teluk, terumbu karam ataupun kolam berguna untuk anda. sekiranya anda ada pertanyaan atau cadangan Cara memancing Ikan kerapu bolehlah tinggalkan komen anda. Semoga Cara Memancing Ikan Kerapu ini berguna untuk anda.

Sumber Cara memancing Ikan Kerapu

Blog, Updated at: 08:55

8 comments:

  1. buat kaki pancing mesti seronok memancing ikan kerapu, boteh tahan tentanganya.
    terima kasih perkongsiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak cuba takkan rasa kepuasan dan keseronokkan

      Delete
  2. haaa... yang ni sedap masak 3 rasa.. hehe

    ReplyDelete
  3. as salam ramadan baru tahu ikan kerapu ini badna dia ada pelbagai warna.ingat satu warna sahaja alah macma ikan yang biasa kita makan tu

    ReplyDelete
  4. masak selain dari 3 rasalah. masak asam pedas ker ngheeee

    ReplyDelete
  5. Mancing guna teknik line hand atau amboh best gila klau kna kerapu ni. Setakat 10KG kebawah mmg best. Klo 10KG atas. Ada seksa skit

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free