Resepi Umpan Ikan Patin

Umpan Ikan Patin, resepi Umpan Ikan Patin, Umpan Ikan Patin terbaik

Apakah Resepi Umpan Ikan Patin Terbaik Di Malaysia? 

Pertanyaan tentang Resepi umpan Ikan Patin sering menjadi permasalahan di kalangan pemancing  Ikan patin yang dah lama atau kaki pancing yang masih baru. Di kalangan anda sebagai seorang pemancing tentu mempunyai pelbagai senarai resepi umpan ikan patin terbaik. Tapi ada kalanya resepi umpan ikan patin anda tidak dijamah oleh ikan patin samada ketika memancing ikan patin di kolam berbayar, pertandingan memancing, tasik, lombong dan juga sungai. Bagi yang masih baru belajar teknik memancing ikan patin pasti tercari-cari senarai resepi umpan ikan patin terbaik. Sudah tentu banyak senarai resepi umpan ikan patin terbaik yang sudah anda miliki. Terdapat pelbagai senarai resepi umpan ikan patin, adakalanya menjadi rahsia umpan ikan patin bagi meraka yang dah otai dan berpengalaman. 

Sebenarnya pada pendapat dan pengalaman saya, Rahsia Resepi Umpan Ikan Patin Ialah pengalaman, kreatif dan usaha.  Pemancing yang mempunyai ciri asas pasti mempunyai senarai resepi rahsia umpan ikan patin terbaik. Terdapat pelbagai jenis Umpan Ikan Patin yang digunakan oleh penggfemar ikan patin samada untuk memancing di kolam berbayar, pertandingan, tasik, sungai dan juga lombong.  Sebenarnya setiap Umpan ikan patin ini bergantung pada tempat dan lokasi tempat memancing. Lain tempat lain citarasa umpan. Ia sebenarnya di pengaruhi factor cuaca, kandungan air, habitat, jenis ikan patin, usia dan pelbagai lagi factor. Faktor-faktor ini mempengaruhi pemakanan ikan patin.  Jadi kreativiti, usaha, pengalaman dan ilmu pasti memainkan peranan yang amat penting ketika anda memancing ikan  patin dalam menentukan Resepi Umpan Ikan Patin samada di kolam, tasik, lombong dan juga sungai. Itulah rahsia resepi Umpan Ikan Patin terbaik sebenarnya. Yang penting anda faham lain tempat, lain citarasa umpan ikan patin.

Kenali Jenis Ikan Patin


Ikan Patin atau nama saintifik Pangasius Sutchi dan Pangasius hypophthmus adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau lebih 20kg. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Aapakah umpan ikan patin yang di ternak?

Ikan patin merupakan ikan yang tidak memilih makanan di mana diet ikan ini ialah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang. Ikan patin yang mempunyai isi yang lazat dan lemak manis merupakan ikan kegemaran masyarakat terutama di Asia Tenggara. Ikan ini juga berada di sungai-sungai di Eropah sebagai ikan pendatang. Terdapat perbagai jenis ikan patin di Malaysia, tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang mendominasi dan mendiami kebanyakan kolam, sungai dan lombong-lombong antaranya seperti berikut:

Ikan Patin Buah


Sangat di gemari oleh peminat ikan patin. Harganya juga mahal di kalangan ikan patin. Ciri-cirinya ilah ikan patin ini mempunyai tubuh badan yang lebih bulat, perut ikan buncit serta besar dan kepalanya berbentuk bulat. Banyak mendiami sungai antaranya sungai Pahang.

Ikan Patin Muncung 


Ikan Patin Muncung mempunyai tubuh badan yang panjang dan kurus, kepalanya pula berbentuk tirus serta berwarna sedikit merah di sirip dan ekor.

Ikan Patin Juara


Ciri-ciri ikan patin Juara ilah tubuhnya bulat, pendek, kecil dan kepala bulat. Saiznya adalah kecil berbanding jenis ikan patin lain.

Ikan Patin Lawang


Ikan Patin Lawang mempunyai tubuh panjang, bulat, bebentuk bulat dan besar serta hamper serupa dengan patin buah. Ikan Patin ini banyak di jumpai mendiami sungai Malaysia, kolam, tasik, lombong dan kolam berbayar di Malaysia. Saiznya boleh membesar sehingga puluhan kilogram.

Produk Umpan Ikan Patin Terbaik di Malaysia


Memang terlalu banyak senarai umpan ikan patin terbaik di Malaysia yang selalu di gunakan oleh kaki-kaki pancing ikan patin samada di lombong, kolam tasik dan juga sungai. Ada juga kaki pancing yang membuat sendiri resepi umpan ikan patin. Ada juga yang lebih suka membeli sahaja resepi umpan ikan patin. Bagi yang dah otai sudah tentu membuat resepi umpan ikan patin kerana faktor yang saya sudah bincangkan di atas. Bagi yang malas dan masih baru sudah terdapat banyak senarai umpan ikan patin di pasaran Malaysia yang kini terlalu mudah untuk di miliki cuma sediakan duit poket sahaja untuk membeli umpan ikan patin samada secara online atau pergi terus kedai pancing berdekatan. Berikut adalah senarai produk umpan ikan patin di Malaysia.

Resepi Umpan Ikan Patin Keluaran Umpan Ulong Power

 
Umpan Ikan Patin Umpan Ulong Power

Untuk belian dan pertanyaan Umpan Ikan Patin Ulong klik pautan di bawah:

Umpan Ikan Patin Umpan Ulong Power

       

Resepi Umpan Ikan Patin Keluaran A1

 
Umpan Ikan Patin A1

Untuk belian dan pertanyaan Umpan Ikan Patin A1  klik pautan di bawah:

Umpan Ikan Patin Keluaran A1

 

Resepi Umpan Ikan Patin Keluaran Greenbait

Umpan Ikan Patin Greenbait

 Untuk belian dan pertanyaan Umpan Ikan Patin Greenbait  klik pautan di bawah:

Umpan Ikan Patin Greeenbait


Resepi Umpan Ikan Patin Keluaran Anglers Pro

 
Umpan Ikan Patin Anglers pro

Untuk belian dan pertanyaan Umpan Ikan Patin Anglers Pro  klik pautan di bawah:

 

Umpan Ikan Patin Anglers Pro


Resepi Umpan Ikan Patin Keluaran Umpan Johor Seringan.

Umpan Ikan Patin Johor Seringan

 Untuk belian dan pertanyaan Umpan Ikan Patin Johor Seringan  klik pautan di bawah:

Rahsia Resepi Umpan Ikan Patin


Dari Senarai resepi umpan ikan patin diatas , untuk ketiga yang teratas saya telah mencubanya dan hasil juga menggalakkan. Sebenarnya anda perlu mencuba menggunkan kesemua resepi umpan ikan patin dalam menentukan umpan ikan patin terbaik yang sesuai untuk memancing di tempat anda. Pilihan sesuai sebenarnya bergantung kepada kekerapan ujikaji memancing anda. Ini adalah penentu kepada Rahsia Umpan ikan Patin untuk memancing ikan patin sungai, kolam, kolam berbayar, tasik, lombong dan juga sungai. Perkara inilah juga yang selalu saya amalkan dan menentukan resepi umpan ikan patin terbaik. Anda jangan terus berputus asa dan juga perlu sabar dalam aktiviti memancing ikan walaupun satu ketika anda tewas dan pulang dengan tangan kosong. Resepi rahsia umpan ikan patin adalah bergantung kepada usaha berterusan, kreativiti, mencari ilmu umpan dan juga bersosial dalam memancing supaya kita tidak ketinggalan. Dengan ukhwah sesama pemancing juga anda boleh berkongsi umpan, teknik, tips, petua dan sebagainya dalam aktiviti memancing ikan. IsyaAllah sekiranya anda amalkan pasti anda tidak akan pulang dengan tangan kosong. Rezeki sebenarnya adalah dating kerana dengan IzinNYa, yang penting anda berusaha selepas itu berserah padaNYa. Sekian artikel berkenaan Resepi Umpan Ikan Patin semoga ia bermanfaat untuk anda. InsyaAlah selepas ini saya akan kongsikan resepi rahsia Umpan IkanPatin Terbaik dari saya.

Ditulis Oleh : Bro hantu ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Resepi Umpan Ikan Patin yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Umpan Ikan Patin, Resepi Umpan Ikan Patin Terbaik, Kenali Jenis Ikan Patin, Produk Umpan Ikan Patin Terbaik, Resepi Umpan Ikan Patin, umpan Patin ulong Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 05:33

1 comments:

  1. Terima kasih sudi kongsi tentang umpan ikan patin ni. belum lagi mahu berjinak memancing ikan air tawar. sekarang tumpu pada air masin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free