Daftar Online GP Joran 2014

DAFTAR ONLINE GP JORAN BERITA HARIAN 2014

DAFTAR ONLINE GP JORAN 2014

 CARA DAFTAR ONLINE GP JORAN BERITA HARIAN 2014

Kuala Lumpur: Tourism Malaysia akan mempromosi siri pertandingan GP Joran BH ke sekurang-kurangnya 44 negara mulai tahun ini.

Promosi di peringkat antarabangsa itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada GP Joran BH, malah akan mempromosi Malaysia sebagai destinasi memancing terkemuka dunia. 

Timbalan Pengarah Perancangan Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin, berkata pihaknya akan mencetak dan mengedar buku serta risalah mengenai GP Joran BH 2014 di semua 44 pejabatnya di seluruh dunia tahun ini.

Beliau yakin langkah itu akan dapat menarik ramai kaki pancing dari seluruh dunia datang dan memancing di negara ini.

Azizan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengumuman Tarikh, Lokasi dan Serahan Tajaan Acara Karnival Pertandingan Memancing GP Joran BH serta acara lain Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, di sini, semalam.

Mulai tahun ini, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan Unit Joran BH dalam penganjuran GP Joran BH. 
Pertandingan premier

“Kerjasama Tourism Malaysia dengan BH adalah langkah tepat berikutan kejayaan GP Joran BH sebagai pertandingan memancing premier sejak 1996.

“Ini selari dengan usaha Tourism Malaysia menjual pelbagai produk pelancongan, termasuk ekopelancongan dalam siri promosinya ke seluruh dunia.

“Lagipun Malaysia adalah negara maritim bermula dari Perlis hingga ke Sabah, ia dikelilingi laut dan sudah pasti kaya dengan pelbagai spesies ikan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman; Pengarang Eksekutif Mingguan/BH2, Zainor Said; wakil beberapa kerajaan negeri, penaja utama dan korporat GP Joran BH 2014.

Antaranya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Zahari Husin; UFL-Coleman yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Radha Krisnan dan Johor Corporation (JCorp) yang diwakili Pengarah Urusan Johor Land, Lukman Abu Bakar.

Terdahulu dalam ucapannya, Azizan berkata, hobi memancing tidak lagi dianggap satu aktiviti kelas ketiga atau kelas bawahan.

Bagaimana Cara Daftar GP JOran Berita Harian 2014


“Ia kini disertai golongan bangsawan, orang kenamaan, malah pemimpin negara seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Amerika Syarikat, George W Bush serta Presiden Russia, Vladimir Putin turut menjadikannya hobi,” katanya.

Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) menganggarkan ada lebih 3 juta pemancing di negara ini, dengan 700,000 daripadanya pemancing tegar yang sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk memancing.

Sementara itu, Badrulhisham berkata, sejak GP Joran diperkenalkan pada Oktober 1996, beberapa negeri antaranya Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu sudah menjadikannya sebagai acara tetap bagi kalendar pelancongan mereka.

Sumber  DAFTAR ONLINE GP JORAN BERITA HARIAN 2014- berita harian

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Daftar Online GP Joran 2014 yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Daftar Online GP Joran 2014, Jadual pertandingan GP joran 2014, Cara daftar pertandingan GP Joran Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 04:04

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free