Blogger Lama Tapi bukan Otai

Blogger Lama, Tapi bukan Otai




Biodata Brohantu


Siapakah Aku? Buat masa ni biarlah rahsia… Panggil jer Brohantu sebagai penaku.. Salam buat rakan-rakan blogger semua.. Kembali lagi Brohantu ke arena blogging setelah lama meninggalkan.  Tinggal sebenarnya tanpa kerelaan tapi pasrah.

 Aku mula menjadi blogger sebenarnya pada awal  tahun 2009. Tapi akibat desakan kerja dan masalah besar peribadi berkaitan hidup matiku maka terpaksa aku tinggalkan blogging pada penghujung  tahun 2011. Bertapa ruginya bila memikirkan kembali, dengan ranking alexa, pagerank, traffic dan iklan innity dan google yang telah bertapak pada blogku masa tu, tapi adakan daya demi masa depanku aku terpaksa tinggalkan ia.

Maafkan aku, kawan-kawan blogger. Aku terpaksa rela. Masih ingat lagi pada rakan blog seperti puanbee.com, cikguwan, Ar-rifke.com, ammboi.com dan banyak lagi rakan blog lain. Pernah juga aku menyertai penjumpaan atau minum-minum bersama rakan-rakan blogger. Aku sebenarnya seangkatan timbulnya blogger puanbee.com yang semakin glamour dan meletoop sekarang. Ramai juga rakan-rakan bloggerku sudah jadi top blogger sekarang. Tahniah pada anda semua, Semoga aku masih dalam ingatan. Masihkah kau ingat……

Sekarang masalahku telah selesai dan kehidupanku kembali aman. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan Limpah kurniaNya aku kembali menjalani kehidupan sepeti biasa, bahagia bersama Isteri dan anak-anak juga kembali berkerja seperti biasa. Setelah 3 tahun dengan pelbagai masalah, 3 tahun turun naik mahkamah, berpuluh ribu mengalir keluar,  akhirnya  dibebaskan dari masalah dan sekarang menjalani kehidupan seperti biasa bersama keluarga setiaku yang sentiasa berada disisi ketika di datangi pelbagai dugaan dan cabaran. Tanpa kamu sokongan kamu semua, siapalah diriku hari ini.

Mulakan kembali dan bermula dari ‘zero’ kera aku rindukan blogging. Masa dulu aku berblogging tentang kerja seharianku. Tapi sekarang rasanya aku berblogging tentang hobiku sebagai pemancing tegar sejak dari dulu lagi, sejak aku masih kanak-kanak lagi. Dari menggunakan Joran buloh lagi sehinggalah sekarang menggunakan rod dan reel.

Sebenarnya hobi memancing ni adalah salah satu cara aku mencari ilham dan ketenangan dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang aku setiap hari aku memancing, tak kira kat kolam, tasik sungai dan lautan. Dah bermacam tempat aku sudah terjah samada didalam hutan ataupun lautan dalam. Paling tak sempat pun aku mancing kat kolam berbayar.  Cakap pasal hobi memancing ni dah beribu-riban aku habiskan duit. Tapi takper, yang penting dapat pengetahuan dan yang paling penting dapat sahabat seperjuangan.. hahaha…

Jadi untuk sekembali kedunia blogging ni aku akan bercerita tentang hobi memancing ini dan juga semua tentang hal berkaitan. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua.
Sekian, Wassalam….

Ikhlas dariku Blogger lama, tapi bukan Otai.
myrodreel malaysia, myrodreel.com



Brohantu….2014

Ditulis Oleh : Bro hantu ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Blogger Lama Tapi bukan Otai yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Biodata penulis, Blogger Lama Tapi bukan Otai, BLOGGER OTAI, BLOGGER LAMA Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 19:53

6 comments:

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free