Pertandingan Memancing GP Joran 2014



Pertandingan GP Joran 2014, Tanjung Leman, Mersing, Johor


Pertandingan GP Joran 2014

Pertandingan GP Joran 2014

Salam dan Salam Sejahtera, Pertandingan Gp Joran Berita Harian akan membuka tirai keduanya di Tanjung Leman, Mersing, Johor pada 4 hingga 5 April 2014. Tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia, Jadi untuk menyatakan sokongan pada Tahun Melawat Malaysia, pihak GP Joran Berita Harian menganjurkan kejohanan GP Joran Berita Harian kepada dua kategori dalam dengan hadiah lumayan seperti dua buah Perodua MYVI dan Tunai sejumlah Rm92,000.00. Bagi Kejuaraan Gp Joran Pusingan Ke 2 di Tanjung Leman, kategori yang dibuka dalam pertandingan GP Joran Pusingan kedua adalah Kategori Laut Dalam dan Kategori Pantai. Kategori laut dalam menawarkan hadiah yang lebih tinggi berbanding dengan kategori pantai.

Hadiah Pertandingan GP Joran 2014

Hadiah Pertandingan GP Joran 2014

Hadiah Pertandingan GP Joran 2014

Juara keseluruhan pertandingan ini ditentukan oleh pemancing yang berjaya mengumpul mata yang terbanyak pertandingan sepanjang Kejohanan GP Joran tahun 2014. Mata terbanyak akan melihat pemancing yang hebat tersebut memenangi sebuah kereta Myvi. Kereta Myvi ditawarkan di dalam kedua-dua kategori pertandingan. Yuran masuk untuk pertandingan memancing pantai adalah RM 100 manakala yuran untuk pertandingan laut dalam adalah RM 350. 

Jadi jangan lepaskan peluang kepada pemancing-pemancing diluar yang berdekatan dan berhampiran Tanjung Leman, mersing, Johor  untuk merebut kejuaraan GP Joran Berita Harian Pusingan Ke 2. Manalah tahu boleh menang dan jadi juara GP Joran Tanjung Leman, Mersing, Johor. Belum cuba belum tahu.

Jadual GP Joran 2014

Jadual Pertandingan GP Joran 2014


 Untuk Cara pendaftaran GP Joran 2014 adalah dengan membuat bayaran di kaunter NSTP yang ada disekitar negara.  Cara Daftar GP Joran juga boleh dibuat bankin ke ATM atau Melalui Internet Banking. Untuk daftar secar terus atau online sila hubungi: 

1. Encik Mohd. Hazrul – 019 302 0038
2. Encik Mohd. Razif – 012 293 5915
3. Encik Mohd. Rafiz – 019 221 5083 

Pendaftaran bagi kategori Laut Dalam harus dibuat secara pasangan. Ini untuk mengelakkan masalah pengagihan ruang diatas bot. Bagi kategori pantai, pendaftaran bermula sehari sebelum pertandingan tersebut bermula.

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Pertandingan Memancing GP Joran 2014 yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Pertandingan Gp Joran 2014, GP Joran Tanjung Leman, Cara Pendaftaran GP Joran Tanjung Leman 2014, Jadual GP Joran 2014 Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 03:20

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free