Langkah Keselamatan Ketika Memancing

Langkah Keselamatan Ketika Memancing

keselamatan memancing

Langkah Keselamatan Ketika Memancing

Apakah anda selalu mengamalkan Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing? Selengkap manakah pengetahuan anda tentang Langkah Keselamatan Ketika Memancing? Tanya diri anda sendiri mengenainya. Anda masih mempunyai keluarga dan tanggungjawab juga walaupun anda seorang kaki pancing. Jadi ambilah langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan anda terjamin sewaktu memancing tak kiralah anda memancing di kolam, tasik, sungai, lombong, empangan, lautan dan sebagainya. Memancing merupakan hobi yang cukup popular di Malaysia. Anda seorang pemancing yang otai dan bijak jikalau tips dan Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing dititikberatkan.

Sekiranya anda seorang yang cukup serius dalam aktiviti atau hobi memancing, sudah pasti peruntukkan atau belanja yang besar di perlukan bagi memenuhi aktiviti memancing. Namum begitu ketika memancing, etika atau tips Langkah keselamatan semasa memancing wajib dititikberatkan semasa memancing. Adakah berbaloi sekiranya anda berhabis sampai ribuan ringgit untuk memenuhi keperluan memancing tetapi ditimpa kemalangan ketika memancing. Ambilah langkah sebaiknya yang perlu supaya kemalangan semasa memancing dapat di elakkan. Gunakan dan amalkan Tips dan Panduan Langkah  Keselamatan Ketika Memancing. Nescaya keselamatan anda ketika memancing pasti terjamin.

Kemalangan Ketika Memancing

Dibawah adalah antara beberapa peristiwa yang menghiasi dada akhbar berkenaan pemancing. Saya tertanya-tanya adakah mereka ini telah mengambil Langkah Keselamatan Ketika Memancing? Sekiranya Langkah Keselamatan Ketika Memancing diambil Insya Allah kemalangan seperti ini boleh di elakkan.

lemas ketika memancing

lemas memancing

bot mancing terbalik
 
pemancing lemas

Lemas semasa memancing

Adakah anda ingin menghiasi dada akhbar dengan berita begini? Atau membiarkan keluarga anda menangisi kehilangan anda? Jika tidak, ambilah Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Utamakan dahulu soal Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Tambahkan Ilmu Langkah Keselamatan Ketika Memancing, jangan hanya menambahkan ilmu dalam memancing ikan sahaja. Saya tahu memang terlalu ramai pemancing-pemancing yang tidak menitikberatkan soal Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Ada yang kata, "aku dah teror berenang tak payah pakai jaket keselamatan",  "aku dah otai, tahu selok belok kawasan ni", kat sungai kecil jer, mana ada buaya" dan macam-macam lagi kata mereka berkenaan Langkah Keselamatan Ketika Memancing. Hai kawan-kawan pemancing, maut atau musibah tak mengenal usia, tempat, bijak, otai dan sebagainya. Dimana-mana atau bila-bila masa boleh berlaku. jadi ambil langkah terpenting dalam memastikan keselamatan anda terjamin ketika memancing.

Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing



1. Jangan memancing berseorangan semasa pergi memancing. Paling kurang dua orang dan pastikan rakan anda adalah orang dewasa juga.

2. Pastikan keluarga anda atau kenalan rapat anda tahu tempat memancing anda, bila anda pergi dan bila anda akan pulang.
3. Pastikan dahulu tempat memancing anda samada terdapat binatang buas seperti buaya, harimau, ular dan lain-lain. Pastikan juga bukan kawasan bencana alam seperti tanah runtuh dan sebagainya.

4. Pastikan bawa jaket keselamatan dan anda memakainya ketika memancing.

5. Pastikan anda membawa kota atau peti keselamatan yang lengkap.

6. Pastikan anda membawa alat perhubungan yang lengkap dan tahan beberapa lama semasa anda memancing seperti telefon ataupun radio perhubungan. Pastikan juga semuanya masih berfungsi dengan baik.

7. Pastikan juga kenderaan pengangkutan semasa memancing dalam keadaan terbaik seperti bot memancing dan kenderaan pancuan empat roda. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.

8. Pastikan cuaca dalam keadaan terbaik sebelum anda turun memancing.

9. Amalkan kelakuan dan tutur bicara dengan beretika semasa anda memancing.

10. Pastikan bot memancing anda mempunyai tali keselamatan dan pelampong keselamatan.
11. Jaga adab dengan makkluk lain di kawasan tempat anda memancing.

12. Jaga kebersihan kawasan memancing bagi memastikan kawasan memancing sentiasa terpelihara.


Sekiranya anda selalu mengamalkan Langkah Keselamatan Ketika Memancing, Insya Allah keselamatan Ketika memancing pasti akan lebih terjamin. Disamping itu juga, sebagai seorang pemancing adalah perkara wajib anda mengetahui teknik dan selok belok serta kaedah menyelamat kerana ternyata ia amat perlu kepada ilmu pengetahuan penyelamatan asas sekiranya berlaku kemalangan semasa memancing yang tidak di duga. Semoga entri Langkah Keselamatan Ketika Memancing bermanfaat untuk anda.

Ditulis Oleh : Bro hantu ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Langkah Keselamatan Ketika Memancing yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Langkah Keselamatan Ketika Memancing, Apakah anda selalu mengamalkan Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing?, Kemalangan Ketika Memancing, Panduan Langkah Keselamatan Ketika Memancing Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 03:26

24 comments:

  1. orang kita kalau mulut macam cili susah nak bawa dia memancing uh silap hari nanti di ganggu orang bunian uh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... macam tu ler... Kes pemancing hilang pun ada

      Delete
  2. kata orang cuaca dan keadaan laut amat penting untuk kita ambil tahu jugakan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca memang wajib kena ambil tahu.. kan nanti kena pukul ombak.. Saya pernah perahu karam kat kuala sungai.. nasib baik tahu berenang

      Delete
  3. sungguh sadis mengenang tragedi yang belaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la.. memang kerap berlaku.. kadang-kadang benda ni tak heboh jer

      Delete
  4. Good tips untuk kaki pancing...

    Salam Ramadhan dari Blog Santai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... memancing pun kena fikirkan orang tersayang juga

      Delete
  5. Mesti pergi dengan teman, takut jadi apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang terbaik.. Kemalangan memang tak boleh nak dijangka..

      Delete
  6. langkah keselamatan bukan setakat kepada pemancing..kepada orang bekerja pun perlu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...semoga ramai titikberatkan soal keselamatan

      Delete
  7. Tips menarik, banyak yg tidak mengambil endah dengan keselamatan ni. Bukan sahaja memancing aktiviti lain org kita tidak mementingkan sangat soal keselamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. perlu ada garis panduan soal keselamatan dalam sesuatu bidang

      Delete
  8. Banyak kes kemalangan semada memancing, bahaya memancing sorang-sorang kat tempat yang jauh dari orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... ada pemancing yang keluar tak pulang-pulang

      Delete
  9. panduan yang memang perlu diikuti oleh kaki-kaki pancing..keselamatan memang perlu diutamakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. Inagt orang tersayang

      Delete
  10. terima kasih memang terbaik tip ni... dulu saya memang kaki pancing jg skrg dah slow sikit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus.. turun la selalu pancing.. Sekarang ni turun komplot.. nanti berkarat skil

      Delete
  11. penting ni keselamatan masa mancing, saya pernah tercucuk mata kail masa kecik2 dulu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ni memang biasa berlaku....

      Delete
  12. syukur tahu berenangkan tapi baikkalu keadaan macam aktiviti ini wajib bawa sornag dua rakan nanti apa2 terjadi mereka boleh membantu atau bertindak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free