Cara Casting ikan Siakap Kolam
Bagaimana Cara Casting Ikan Siakap Kolam? Entri kali ini saya kongsikan kepada yang baru mengenal dunia mengumpan ikan, iaitu Cara Casting Ikan Siakap Kolam . Ia adalah bagaimana cara mengumpan ikan siakap kolam menggunakan teknik casting. Saya kongsikan beberapa tips dan petua berguna untuk Cara casting ikan siakap kolam atau cara mengumpan siakap kolam. Walaupun cabaran tak sehebat seperti memancing ikan siakap liar di pantai, laut, sungai atau di muara sungai ia juga amat mengujakan disamping bagi memperbaharui skil atau kaedah casting siakap atau teknik mengumpan ikan siakap anda. Kaedah casting siakap ini boleh digunakan untuk ikan siakap putih ataupun ikan siakap merah.Reel Casting Ikan Siakap
Mengumpan atau casting ikan siakap perlu menggunakan reel atau kekili spinning jenis high speed amat penting
di sini. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 3.0 dan ke atas.
Siri 1000-2000 paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis
air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera selepas menggunakannya.
Kekili Shimano seperti Sahara, Stradic, nSymetre antara kekili yang ‘sedap’
dipakai dan harganya juga berpatutan.
Rod Casting Ikan Siakap
Rod
bagi kaedah casting ikan siakap 5.5’
atau 7’ setengah paling sesuai. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah
sesuai dengan tinggi tubuh badan seseorang. Ini kerana jika seorang itu
bertubuh rendah rod 6’ atau 6’ setengah adalah sesuai mengumpan siakap dengan teknik casting . Pendek kata, hujung rod jangan sampai mencecah
air. Rod dengan kekuatan 10-20lb adalah sesuai untuk menduga atau memancing ikan
siakap kolam. Tetapi jika inginkan ‘lebih perlawanan’ dan mahu lebih
akrobatik dari siakap boleh mencuba joran yang lebih ringan.
Tali Utama
Tidak
kisah, apa brand yang digunakan. Asalkan ia jenis braided, kuat dan tahan
lasak. Saiz 10-20 lb paling sesuai di sini. Tapi sebenarnya bergantung
keberatan ikan di dalam kolam. Kalau saya hanya menggunakan tali utama 8lb
hingga 12 lb. Nak rasa lebih fight dengan skil
akrobatik ikan siakap. Lagipun kolam berbayar hanya melepas ikan berat
purat 1kg ke 4kg sahaja jadi ia boleh digunakan dalam cara mengumpan ikan siakap kolam.
Tali Perambut Casting Ikan siakap
Pilih
perambut jenis fluorocarbon. Jangan terlalu keras. Perambut berkekuatan 20-50
lb paling ideal.Tapi sebenarnya bergantung keberatan ikan di dalam kolam. Kalau
saya hanya menggunakan tali perambut 20lb-50lb. Biasanya sekali guna jer selepas
menaikan ikan siakap, selepas itu kena buang atau potong dan guna tali perambut yang lain.
Biasanya kalau dan kena ikan Tali utama akan luka atau berbulu kena mulut ikan siakap. Kebarangkalian
penggunaan kali kedua putus adalah tinggi. Inilah yang saya selalu terapkan
dalam teknik casting siakap kolam.
Mata kail Casting Ikan Siakap
Apakah Saiz Mata Kail Untuk Casting Ikan Siakap Kolam? Saiz
mata bergantung kepada tempat atau kolam berbayar tersebut. Sesetengah tempat
mempunyai ikan siakap melebihi 5kg hingga ke 10kg, tapi amat jaram kolam
berbayar melepaskan ikan siakap sebesar tu. Kebanyak purata berat dalam 1kg hingga
4kg. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah
tajam, tahan lasak dan kuat, kerana ikan siakap boleh menariknya sampai bengkok
mata kail atau patah walaupun hanya ikan
siakap kolam berbayar. Ikan siakap ialah ikan yang ironik dengan skil
akrobatik. Selain dua mata, ikatan tunggal juga boleh dipraktikkan. Tali yang
sesuai untuk mengikat mata kail adalah jenis braided berkekuatan 30 lb ke atas.
Pemberat Casting Ikan Siakap
Pemberat
digunakan kalau menggunakan udang kopek. Ia adalah mengelakkan umpan udang kopek tadi terapung di atas
air semasa casting. Namun ia juga bergantung kepada kelajuan cara kamu casting
sebenarnya. Kalau menggunakan umpan udang hidup biasa saya tak menggunakan
pemberat kerana biasa casting dalam keadaan perlahan jadi udang tidak akan
timbul di atas permukaan air. Ia juga memudahkan udang hidup bebas bergerak di
lam air. Untuk penggunaan gewang untuk
mengumpan siakap pula anda tak perlu menggunakan pemberat.
Faktor Air Kolam
Faktor
air memainkan peranan penting. Jika air jernih, potensi sambaran lebih tinggi
dan juga kadar kemasinan air kolam ikan
siakap. Untuk Pasang surut pulak tak perlu rujuk jadual pasang surut air pasal memancing kat kolam. Sesetengah kolam
berbayar menggunakan air sungai yang telah payau ada ada kemasinan yang sesuai
dengan ikan siakap. Jadi berkemungkinan ikan siakap makan umpan adalah pada
kadar tinggi atau lebih kurang galak. Kebanyakkan kolam ini ada berdekatan
dengan kuala sungai. Bagi kolam yang menggunakan air tawar dan kemasinan dijaga
dengan penambahan garam biasanya kurang galak atau kurang memakan umpan kecuali
kolam tersebut di jaga teliti dengan kemasinannya.
Umpan ikan Siakap
Umpan ikan siakap pula saya kategorikan kepadan 3 jenis
umpan iaitu menggunakan udang pasar kopek, udang putih hidup dan juga gewang
atau lures. Umpan ini bergantung kepada kolam berbayar jenis umpan mana di
benarkan.Sesetengah kolam penggunaan gewang atau lures tidak di banarkan. Hanya
udang kopek dan udang hidup di benarkan.
Ini
sahaja secara ringkas tip dan petua
memancing atau mengumpan ikan siakap kolam dengan teknik casting. Teknik ini amat di sukai oleh kaki-kaci pancing
siakap kolam. Ini adalah kerana cara
casting adalah sangat menguja dengan rasa ketika siakap menyambar umpan
dengan tarikan dan akrobatik ikan siakap. Untuk panduan, anda boleh membaca bagaimana ikan siakap makan umpan dan
bagaimana kita harus bersedia sebelum menyentak joran.Dengan terlalu banyak
kolam berbayar di buka di seluruh adalah satu kelebihan untuk meluangkan masa
untuk memancing bagi mempebaharui teknik
mengumpan ikan siakap kolam anda. Ia juga sangat berguna bagi yang baru
hendak belajar kaedah memancing siakap.Sekian,
semoga entri berkaitan cara casting
siakap kolam ini berguna untuk anda.
terbaik bro pasal cara casting ikan siakap kolam. Thanks for info.
ReplyDeleteterima kasih.. sekadar berkongsi
DeleteUmpan apa yang paling terbaik untuk casting ikan siakap kolam? udang kopek atau udang hidup
ReplyDeletedua2 pun ok
Deletesebenarnya bergantung pada kolam benarkan umpan apa untuk memancing ikan siakap kolam, kakalu hanya umpan hidup kena umpan hidup, kalau semua boleh cuba try semuanya, pilih mana yang terbaik
ReplyDeletetengah berjinak memancing ikan siakap kolam. Car memancing siakap kolam ni nampaknya berguna untuk saya
ReplyDeleteTerima kasih, saya sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan
Deleteterima kasih bos. saya memang suka teknik casting ikan siakap kolam ni. Baru berjinak dan tengah mempratikkan teknik casting ikan siakap kolam.. seminggu sekali memang saya ke kolam berbayar ikan air masin. Suka sangat time ikan siakap sambar umpan...
ReplyDeleteBoleh cuba ni..
ReplyDeleteperkongsian yang menarik dan baik untuk pemancing yang baru
ReplyDelete