TEKNIK MENGUMPAN UDANG GALAH |
Bagaimana Cara Terbaik Pancing Udang Galah?
Salam… Untuk entri kali saya akan bincangkan tentang Cara dan Teknik mengumpan udang galah. Ia merangkumi dari segenap aspek iaitu dari segi peralatan memancing, kawasan memancing, umpan pancing, waktu pancing dan sebagainya. Perkongsian ini adalah dari pengalaman dan pembacaan serta perkongsian rakan-rakan pemancing saya diluar sana yang juga kaki pancing udang galah. Diharap dengan adanya entri ini tentang cara dan teknik memancing udang galah, dari segi umpan udang galah, peralatan memancing, pot udang galah dan sebagainya, memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca sekalian tentang cara dan teknik memancing udang galah. Tapi sebelum itu kita fahamkan dahulu tentang fakta Udang Galah dan selepas itu baru topik cara pancing udang galah.FAKTA LENGKAP TENTANG UDANG GALAH
Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk
penyepitnya yang panjang dan beruas. Termasuk dalam keluarga Palaemonidae,
udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran
badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan
mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain.
Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan
bagi mengenal pasti pesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan
yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies.Udang galah Macrobrachium
rosenbergii dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau. Habitat
udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat
larva, atau pun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan
penting dalam populasi udang galah.
Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran
sungai walaupun populasinya sedikit. Spesies udang galah mudah dikenali
terutamanya bagi penduduk yang duduk berhampiran sungai dan persekitarannya. Udang
galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan
daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging
ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.
FAKTA FIZIKAL UDANG GALAH |
Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah
menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai. Macrobrachium
rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang
keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang
melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.
Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan
spesies ini berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia. Haiwan
akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki
kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang
penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan. Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton
adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya
bergerak, dan berenang.
Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun.
Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di
Malaysia. Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan
spesies ini kekal beberapa dekad lagi. Hal ini memberikan kesempatan kepada
spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang
galah mengawan apabila mula matang. Kebanyakan udang galah betina matang
apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva. Bagi udang galah
jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan.
Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga
tujuh ekor udang galah betina. Proses pengawanan berlaku apabila induk udang
galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang
bermaya.
Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar
ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam
masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan.
Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang
ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur
berkenaan bagi proses persenyawaan.Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada
kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini
adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur.
Terdapat tiga fasa peringkat telur.
Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari
pertama. Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan
manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva
yang bakal mewarisi generasi udang galah. Sebaik sahaja telur mencecah hari
ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya. Larva
udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki
renangnya menghala ke atas. Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina,
kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin
disebabkan oleh garam daripada air laut. Situasi ini berlarutan selama 40 hari
hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva.
Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang
seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya
bergerak mencari makanan, membesar menjadi juvenil di samping memaparkan
unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang. Ciri fizikal yang
dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika
udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang
galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.Mata kumpuan
yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran.
Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi
keselamatan. Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di
persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan,
toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.
Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya
melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk sesungut
berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.Udang galah
ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala
mencecah hingga 50 ekor. Namun, kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak
mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga
merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya
matahari. Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar
sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.
Cara Memancing Udang Galah |
CARA MEMANCING UDANG GALAH
Perbincangan
dan persediaan memancing perlu dengan rakan pemancing. Seeloknya jangan
memancing berseorangan kerana amat berbahaya. Berbincang secara santai
dan aman paling kurang sehari sebelum memancing tentang peralatan,
tempat, masa, umpan dan sebagainya. Amalkan semua ini untuk menjamin
dalam soal hasil pancing dan keselamatan.
PERALATAN MEMANCING UDANG GALAH
Joran pancing dengan hujung yang lembut, ringan,
kira mudah lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil.
Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga
menggunakan penggulung kayu. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun
manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Mata kail
pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless)
dengan nombor 9 hingga 12. Timah pemberat
kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa
lari arus pulak. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan
sendiri. Secara kesimpulannya bergantung kepada kawasan pancingan dan arus
sungai. Saya pernah memancing udang galah menggunakan pelampung kerana keadaan
kawasan pancingan telalu banyak bahan buangan dan sampah di dasar sungai serta
berbatu. Kalau pakai batu ladung atau pemberat pasti akan tersangkut.
Bot pancing |
life jacket |
UMPAN MEMANCING UDANG GALAH
Udang Galah sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi
pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail. Antara umpan
terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang
nasi atau udang beras dan hari ayam dadu. Ini adalah umpan memancing udang
galah yang selalu saya gunakan. Senarai umpan ini juga mejadi pilihan pemancing udang galah sekarang.
Umpan cacing Udang galah |
Umpan Hati Ayam Uadang galah |
Udang Nasi atau Udang Beras umpan Udang Galah |
Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air
pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang
galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada
malam hari. Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang
terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar
sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik
Undang galah, antaranya kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita
memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun. Kedua lihat
pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak
terlalu deras. Jika arus deras
menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah
sebaliknya.
CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN
Apabila udang galah beratnya lebih 300 gram maka umpan akan langsung dilarikan dan ujung
joran akan langsung melentik atau melengkung. Bagi udang ukuran biasa dan kecil,
biasanya sewaktu umpan dimakan, leader akan dipegang dan ditarik-tarik
menggunakan capitnya sehingga ujung joran akan melentik beberapa kali seperti
ikan kecil yang makan. Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada
saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu
kita lakukan tahan saja jangan digentak kerana ia akan menjadikan mulut udang
koyak dan pastinya udang galah akan terlepas. Jika Udang sudah mengena, angkat
joran perlahan-perlahan sambil mengarai reel dengan posisi hujung joran diatas
udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air.
Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur
kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat
akan membuat mulutnya koyak terkena kail. Jadi pancinglah dengan atau situasi
yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga Udang Galah makan tanpa ada gerakan
jadi untuk 15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih
kurang 1 kaki karauan. Isyarat udang memakan umpan adalah
tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang
menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran
yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar
dan kuat tidak semestinya udang besar.
CARA MEMANCING UDANG GALAH
Cara memancing udang galah sebenarnya terdapat dua kaedah
atau cara. Cara pertama mengunakan sampan atau Bot dan cara kedua memancing di
tepi tebing.
Cara Memancing Udang Galah Di atas Sampan atau Bot
Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa
ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki. Lima atau tiga batang
joran seorang adalah bertepatan. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih
dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya. Susunan joran diatas sampan semasa
memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar
jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran
terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit
sesama sendiri.
Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar
sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya
diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika
sudah pasti udang telah menelan umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus
mengarau tali.
Memancing Udang Galah Di Tebing
Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak
untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagi. Ia juga
untuk memudahkan untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang
joran seorang adalah bertepatan dan mencukupi. Susunan joran di tepi tebing
juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1
dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga
joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari
berbelit sesama sendiri. Pastikan juga mennggunakan pemacak atau penahan joran
bagi megelakkan joran terjun ke dalam sungai.
TIPS MEMANCING UDANG GALAH
Bagaimana Tips Memancing Udang Galah? Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5
minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat
joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi
udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan umpan, kawasan
tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain atau baru.
Musim tengkujuh ataupun musim banjir adalah tidak sesuai
memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras
serta keadaan air yang sejuk. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 3 ke 5
hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari
makan.Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai. Jaket keselamatan
juga perlu ketika memancing di atas sampan atau bot. ini adalah kerana malang
tidak mengenal mangsa.
KESIMPULAN TENTANG PANCING UDANG GALAH
Memancing
adalah suatu hobi yang sangat
mengujakan. Terutama bila mendapat hasil seperti diharapkan. Memancing samada ia hobi anda ataupun
pekerjaan anda ataupun sumber pendapatan anda, lumrah hidup samada anda Berjaya
mendapat hasil pancingan ataupun tidak. Yang penting kita terus berusaha
mendapatkan ilmu pengetahuan. Yang Berjaya pula haruslah bersyukur dengan
rezeki dariNya. Di harap dengan adanya post atau entri tentang cara dan
teknik memancing Udang Galah ini member
manfaat yang berguna pada pembaca dan pemancing sekalian. Kiranya ada kekurangan
atau kesilapan dalam entri ini maafkan kekurangan saya. Secara amnya entri cara,
tips, kaedah dan teknik memancing Udang Galah adalah dari pengetahuan,
pengalaman dan pembacaan saya selama ini. Yang penting kita berusaha rezeki
adalah dariNYA. Semoga entri cara, tips, kaedah dan teknik memancing Udang
Galah bermanfaat dan berguna untuk anda.
Wassalam.
lengkap dan detail yang saya boleh katkan tentang info atau artikel tentang car memancing udang galah terbaik. saya selalu pratikkan apa yang saudara terangkan di bawah. terima kasih atas info ini tuan.
ReplyDeleteSaya sekadarberkongsi pengetahuan dan pengalaman.. Thanks sudi baca dan komen artikel teknik memancing udang galah
Deleteterima kasih atas perkongsian cara memancing udang galah
Deletetengah dalam proses belajar memancing udang galah
ReplyDeletebagus la. Diharap ia berguna untuk anda yang baru berjinak dalam aktiviti memancing udang galah
Deletesekarang susah nak cari tempat memancing udang galah.
ReplyDeletetak pernah cuba memancing udang galah nih - makan pernah tak tak banyak kali le. mahal siot
ReplyDeletepancing sendiri baru murah
Deleteudang galah kalau dimasak lemak cili padi..memang sedap tu!
ReplyDeleteHidangan berbuka puasa pasti best tu
Delete