Ikan Kerapu |
Cara Memancing Ikan Kerapu
Bagaimana Cara Memancing Ikan Kerapu? Bagaimana Pula Waktu Terbaik Memancing Ikan Kerapu? Umpan Apa Terbaik Cara Memancing Ikan Kerapu? Itulah pertanyaan yang sering menjadi persoalan pemancing yang ingin mengumpan ikan kerapu atau memancing ikan kerapu. Disini saya kongsikan sedikit Tips, panduan, atau Cara memancing Ikan kerapu. Sebenarnya saya bukanlah Pakar dalam Cara Memancing Ikan
Kerapu. Hanya beberapa kali saya ke laut dan pantai untuk pancing ikan kerapu.
Teknik memancing ikan kerapu sebenarnya tidaklah sesusah yang di sangka. Saya
pernah menaikkan Ikan kerapu besar ketika memancing ikan siakap liar di kawasan
berbatu di kuala sungai. Ketika itu saya memancing bukan menggunakan Umpan Memancing Ikan
Kerapu pun. Tetapi apakan daya umpan memancing saya di sambar ikan kerapu. Ketika itu
saya masih lagi baru belajar memancing dan tak tahu pun lagi tentang tips, petua
dan panduan mancing ikan kerapu. Teknik memancing kerapu sebenarnya tidaklah
susah sekiranya anda tahu tentang tips, panduan, petua dan teknik pancing ikan
kerapu. Ini adalah sedikit Panduan Cara Memancing Ikan Kerapu yang sama praktik sewaktu mengumpan ikan kerapu.
Apa yang anda perlu tekankan ialah seperti waktu mancing sesuai pancing, habitat ikan kerapu, umpan ikan kerapu, cara ikan kerapu makan, tempat memancing ikan kerapu dan di padankan pula dengan asas perambut, mata, kekili atau reel dan juga rod atau joran dalam memancing ikan kerapu. Untuk memancing ikan kerapu kolam pula, saya tidak pernah memancing ikan kerapu kolam jadi tak arif sangat tentang cara memancing ikan kerapu kolam berbayar. Mungkin suatu hari nanti saya akan mencuba mancing ikan kerapu kolam pancing pula. Jadi kali ini saya akan kongsikan cara memancing ikan kerapu yang saya amalkan, melalui pembacaan serta teknik memancing ikan kerapu dari rakan-rakan pemancing saya.
Apa yang anda perlu tekankan ialah seperti waktu mancing sesuai pancing, habitat ikan kerapu, umpan ikan kerapu, cara ikan kerapu makan, tempat memancing ikan kerapu dan di padankan pula dengan asas perambut, mata, kekili atau reel dan juga rod atau joran dalam memancing ikan kerapu. Untuk memancing ikan kerapu kolam pula, saya tidak pernah memancing ikan kerapu kolam jadi tak arif sangat tentang cara memancing ikan kerapu kolam berbayar. Mungkin suatu hari nanti saya akan mencuba mancing ikan kerapu kolam pancing pula. Jadi kali ini saya akan kongsikan cara memancing ikan kerapu yang saya amalkan, melalui pembacaan serta teknik memancing ikan kerapu dari rakan-rakan pemancing saya.
Kenali Spesies Ikan Kerapu
Bagaimana kita hendak membezakan Spesies Ikan Kerapu? Terdapat
pelbagai spesies ikan kerapu di malaysia. Habitatnya ada di terumbu
karang, kapal karam, kawasan berbatu, kuala sungai, tebing berbatu,
unjam dan kawasan pantai berteluk. Berikut antara spesies Ikan kerapu
liar yang di temui di perairan Malaysia.
Ikan
Kerapu atau “Grouper” dalam bahasa English, adalah ikan kerapu yang sangat digemari dan popular
di kalangan pemancing, nelayan dan juga peminat masakan ikan kerapu. Malah Masakan
ikan kerapu adalah di kenali masakan mewah di kalangan bangsa Tion Hwa.
Ikan Kerapu mendapat permintaan tinggi oleh peminatnya dan hotel-hotel terkemuka menyebabkan harganya menjadi mahal. Walaupun begitu populasinya masih tinggi di Malaysia. Sebab-sebab ini, Ikan Kerapu selalu di pancing oleh pemancing-pemancing.
Ikan Kerapu mendapat permintaan tinggi oleh peminatnya dan hotel-hotel terkemuka menyebabkan harganya menjadi mahal. Walaupun begitu populasinya masih tinggi di Malaysia. Sebab-sebab ini, Ikan Kerapu selalu di pancing oleh pemancing-pemancing.
Sumber Wikipedia.
Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin. Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ikan Kerapu Bara mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm. Spesies Ikan Kerapu Bara (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.
Ikan Kerapu Pisang atau juga dikenali sebagai Ikan Kerapu Sunuh (nama saintifik Plectropomus maculatus) merupakan sejenis ikan air masin. Ikan Kerapu Pisang terdapat dalam aturan Perciformes keluarga Serranidae. Ikan Kerapu Pinang merupakan spesis ikan kerapu yang biasa ditemui diperairan Malaysia. Ikan Kerapu Pisang juga pernah menjadi salah satu spesis popular untuk ternakan pada awal tahun 1990-an yang lalu sebelum digantikan dengan spesis-spesis baharu dan lebih tinggi nilai pasarannya dalam industri ternakan marin. Pada masa yang lalu, Ikan Kerapu Pisang dianggap satu spesis ikan kerapu pilihan yang lebih baik berbanding ikan Kerapu Botol.
Ikan Kerapu balong atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan kerapu air masin. Ikan Kerapu Balong merupakan ikan Kerapu dalam keluarga Serranidae. Ikan Kerapu Balong terdapat di Australia, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kemboja, China, Djibouti, Eritrea, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Iraq, Jepun, Jordan, Kenya, Kuwait, Macau, Malaysia, Mauritius, Mesir, Micronesia, Mozambique, New Caledonia, Oman, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Filipina, Qatar, RĂ©union, Arab Saudi, Singapura, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Taiwan, Tanzania, Thailand, Amiriah Arab Bersatu, Vietnam, dan Yaman. Habitat semula jadinya adalah kawasan subtropika atau hutan bakau tropika, laut terbuka, laut cetek, dasar laut subtidal, terumbu karang, air payau, dataran antara pasang-surut, dan teluk persisiran masin. Ia terancam oleh kehilangan habitat.
Ikan Kerapu Pulut atau nama sainsnya Epinephelus epistictus merupakan sejenis ikan Kerapu air masin.
Ikan Kerapu Bara |
Ikan Kerapu Pisang |
Ikan Kerapu Balong |
Ikan Kerapu Pulut |
Ikan Kerapu pisang merupakan spesies ikan kerapu yang
paling popular kerana harganya yang sangat tinggi berbanding spesies ikan
kerapu lain. Rupa badan Ikan Kerapu pisang yang berbintik kuning sangat digemari pengemar masakan ikan kerapu
dan menjadi hidangan mewah di hotel-hotel dan restoran di Malaysia. Oleh kerana
permintaan tinggi akibat harga yang mahal serta isiinya yang lazat ia amat
jarang diperolehi.
Lokasi Memancing Ikan Kerapu
Apakah Cara Menetukan Lokasi Memancing Ikan Kerapu? Habitat Ikan Kerapu biasa
ada di terumbu karang, kapal karam, kawasan berbatu, kuala sungai,
tebing berbatu, unjam dan kawasan pantai berteluk. Berikut antara
spesies Ikan kerapu liar yang di temui di perairan Malaysia. Ia di temui
dalam saiz yang amat besar di Laut yang dalam sehingga puluhan
Kilogram. Habitatnya yang menentukan Lokasi Memancing Ikan Kerapu.
Peralatan Cara Memancing Ikan Kerapu
Peralatan Cara Memancing Ikan Kerapu
Peralatan mengumpan atau memancing Ikan
kerapu perlulah disesuaikan dengan kawasan yang hendak di pancing. Ia Perlu dititikberatkan dalam Cara memancing ikan Kerapu. Misalnya
kalau Cara memancing ikan kerapu di lautan dalam gunalah yang lebih kuat dan kasar sesuai
dengan memungkin anda mendarat ikan kerapu yang bersaiz mega. Kalau mancing
Ikan kerapu di kawasan pantai berbatu gunakan peralatan yang lebih rendah
sedikit kerana jarang dihuni ikan kerapu yang bersaiz mega.
Tetapi peralatan mestilah sesuai
dengan Cara memancing ikan kerapu yang mana boleh menahan geseran batuan dan
berstuktur. Perlulah memastikan tali utama, mata kail dan perambut juga perlu
terdiri dari jenis yang tahan kuat dan tahan lasak demi menahan asakan ikan
kerapu yang hebat bermain di celahan batu. Amat mengecewakan sekiranya kail sudah
mengena tapi ikan kerapu terlepas akibat tali utama atau perambut gagal menahan
asakan. Oleh itu amalkan teknik dan cara mancing ikan kerapu yang betul
untuk memastikan ikan kerapu yang mengena tidak terlepas. Untuk itu anda
disarankan membaca artikel yang saya sertakan link dibawah.
Panduan Ikat Mata Kail Memancing
Panduan Memancing Ikan Kerapu
Umpan Pancing Ikan Kerapu
Umpan Mancing ikan
kerapu terbaik bagi saya ialah ikan kembung potong . Namun ada juga pemancing
yang menggunakan udang hidup, hirisan sotong dan udang pasar untuk memancing ikan kerapu. Kadang-kadang
pelik juga dengan sikap memakan ikan kerapu ni, disambar apa sahaja ketika ia lapar.
Kadang-kadang Ikan Kerapu makan umpan dengan lahap mengalahkan ikan siakap, kadang-kadang
makan lembap sangat macam ketam.
Waktu Sesuai Memancing Ikan Kerapu
Apakah waktu sesuai memancing ikan kerapu? Waktu
yang paling sesuai memancing ikan kerapu ialah
lewat senja, sebelum subuh dan sewatu air surut. Saya tak pernah
memancing ikan
kerapu siang hari. Tak tau la kalau cara memancing ikan kerapu kat kolam
boleh
makan ikan kerapu. Teknik pancing ikan kerapu anda sudah arif tapi kalau
tidak tahu waktu pasang surut air pasti memberikan masalah tentang
hasil tangkapan. Oleh itu semak pasang surut air laut sebelum anda turun memancing ikan kerapu.
Petua Mancing Ikan Kerapu
Jika memancing ikan kerapu di tebing atau batuan, anda
tak perlu baling umpan jauh Cuma baling umpan pancing kerapu di celah-celah batu sahaja. Ikan
kerapu memang habitat dia suka tinggal di celah-celah batu. Itulah Cara Memancing Ikan Kerapu di kawasan berbatu.
Petua utama ketika ikan kerapu menyambar umpan ialah lawan ikan
kerapu jangan biarkan ikan kerapu menarik kedalam batu. Ini penting
mengelakkkan tali perambut atau tali utama putus akibat terkena batuan.
Jika
ikan kerapu telah kedalam batu cuba bermain dengan ikan kerapu dengan tarik
prerlahan-lahan. Atau biarkan sahaja tapi jangan tali utama kendur. Cuma tarik kekili perlahan-lahan supaya ikan
kerapu keluar dari batu.
Ikan kerapu biasanya suka makan dengan perlahan-lahan
pastikan anda selalu memeriksa umpan pancing ikan kerapu. Jika pot yang telah anda naikkan ikan
kerapu, cuba baling ketempat yang sama kerana ikan kerapu biasa berkumpulan dalam
3-5 ekor. Inilah petua terbaik Cara Mancing Ikan Kerapu.
buat kaki pancing mesti seronok memancing ikan kerapu, boteh tahan tentanganya.
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya.
kalau tak cuba takkan rasa kepuasan dan keseronokkan
Deletehaaa... yang ni sedap masak 3 rasa.. hehe
ReplyDeleteBetul tu
DeleteMasak 3 rasa untuk verbuka sedap ni
ReplyDeleteTips Puasa
as salam ramadan baru tahu ikan kerapu ini badna dia ada pelbagai warna.ingat satu warna sahaja alah macma ikan yang biasa kita makan tu
ReplyDeletemasak selain dari 3 rasalah. masak asam pedas ker ngheeee
ReplyDeleteMancing guna teknik line hand atau amboh best gila klau kna kerapu ni. Setakat 10KG kebawah mmg best. Klo 10KG atas. Ada seksa skit
ReplyDelete