Cara Memancing Siakap Terbaik



Teknik Memancing Siakap Terbaik, Cara pancing siakap, cara siakap makan umpan, kaedah memancing siakap kolam, tips pancing siakap liar terbaik, TIPS DAN TEKNIK MEMANCING SIAKAP PALING MUJARAB

CARA PANCING IKAN SIAKAP

Cara Memancing Ikan Siakap

Cara memancing siakap liar atau barramundi yang paling mujarab dan terbaik adalah akan saya bincangkan kali ini. Siakap  atau barramundi  adalah antara ikan liar sasaran popular di kalangan kaki pancing. Pelbagai cara, teknik , tips dan kaedah memancing siakap digunakan oleh kaki-kaki pancing untuk menumpaskan spesies siakap  atau baramundi samada siakap liar atau siakap kolam. Bahkan ia tiada beza yang ketara dalam cara memancing siakap kolam. Namun begitu bukan semua kaki pancing siakap yang dapat memenuhi hajatnya. Ianya banyak bergantung kepada usaha, pengalaman, teknik dan juga rezeki. Di sini saya kongsikan sedikit info dan pengalaman untuk panduan kita semua. Ini pun saya peroleh dari pembacaan, pengalaman dan perkongsian dari rakan-rakan pemancing. Mungkin kita dapat kongsinya untuk pengetahuan bersama dalam memperbaharui tips, cara, kaedah atau teknik memancing siakap yang paling mujarab dan terbaik samada siakap kolam ataupun siakap liar. 

Baca juga

                           Teknik memancing ikan siakap kolam

                           Teknik mencari Kawasan Ikan Siakap



Habitat Ikan Siakap

Siakap Putih atau Siakap atau Kakap juga Universalnya disebut Barramundi. Ikan Siakap bentuknya sangat gagah dan kekuatan tarikannya sangat hebat dan sangat menguja ketika melayan tarikannya. Habitat Siakap adalah pada kedalaman air sekitar 2-8 meter kawasan berbatu-batu/karang, struktur konkrit , sekitar kayuan serta buluh atau disekitar akar-akar bakau yang tepat sekali adalah di kuala sungai dan tepi laut. Untuk kedalaman 10 meter masih biasa dihuni oleh Siakap asalkan ada struktur  besar seperti kapal karam, jambatan, jeti dan sebagainya. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.
Teknik Memancing Siakap Terbaik, Cara pancing siakap, cara siakap makan umpan, kaedah memancing siakap kolam, tips pancing siakap liar terbaik, TIPS DAN TEKNIK MEMANCING SIAKAP PALING MUJARAB

TEKNIK PANCING SIAKAP

Muara sungai atau kuala sungai serta sungai yang berdekatan dengan laut juga, antara tempat atau kawasan yang disukai terutamanya oleh ikan-ikan Siakap Muara atau kuala yang berukuran besar. Sungai yang bermuara terus ke laut adalah lah tempat mereka bersarang dan bertelur.  Ikan ini juga dikenal sebagai ikan yang susah dipancing karena terlalu sensitif dan sangat berhati hati dengan kehadiran manusia. 

Masa Sesuai Pancing Ikan Siakap

 Waktu makan Siakap biasanya bermula dar jam 4.00pm hingga ke 6.00pm sahaja dimana angin laut mulai meredup, kemudian angin berubah menjadi angin darat sebentar kemudian angin timur. Selama angin tidak terlalu kencang Siakap masih mau makan. Sekitar jam 11.00pm -12.00 saat angin berubah Tenggara sehingga Siakap berhenti makan sampai angin dari timur muncul lagi sekitar jam 03.00-04.00 sampai jam 8 mlm.

Faktor Air Pancing Ikan Siakap


Keadaan air juga mempengaruhi factor pemakanan siakap. Saat air pasang naik Siakap senang makan. Ketika air pasang penuh Siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai turun dan max pada titik bawah Siakap mulai makan lagi. Pada keadaan air bertahan  (ada lapisan lumut/plankton tipis di permukaan ) Siakap jarang ada yang mau makan. Ini disebabkan oleh bahan  yang bergerak akan menimbulkan semacam sinar di permukaan yang membuat Siakap menjauhkan diri.


Umpan Ikan Siakap Terbaik

Umpan Ikan Siakap Terbaik yang paling mujarab adalah Udang Putih. Selain lebih kuat berenang dibanding Udang kelabu, udang putih matanya akan menyala di dalam air pada waktu malam hari. Ada juga yang menggunakan ikan Belanak tapi ini harus full kontrol karena ikan ini suka masuk ke struktur batuan atau reba. Umpan Belanak biasa nya diggunakan diwaktu malam yang mempunyai cahaya bulan.

TEKNIK PANCING SIAKAP LIAR

TEKNIK PANCING SIAKAP LIAR

 Teknik Memancing Ikan Siakap


Cara memancing Siakap secara tradisional dengan menggunakan umpan udang putih biasanya dengan kekuatan joran sekitar 7' bisa yang carbon atau fiber. dah haruslah Fast Action. Tali mono standard 25lb. Mata kail, kalau Mustad Saltwater gunakan lah yang no. 1 atau 2. Ikat mata kail dengan perambut sekitar 15-20cm. Tusukkan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang. Tidak perlu diberi pemberat kecuali mancingnya di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.

Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak gewang sama ada melalui kaedah lontaran atau tundaan. Selalunya kaedah tundaan selalu membuahkan hasil. Kalau memancingnya pakai reel maka pagar reel (bail arm) harus selalu dibuka. Ini karena tali harus terus terkeluar bebas mengikuti udang yang berenang. Lepaskan tali keluar dengan menggunakan jari. Akan lebih mudah jika menggunakan kelongsong. Berhati-hatilah dalam mengawal tali yang yang keluar ini, tidak boleh terlalu kuat kerana semasa udang disambar Siakap, tali ini akan keluar terlalu pantas.

Karakter Siakap semasa menyambar udang biasanya umpan akan terus dibawa lari, tapi udang masih dikepit di bibir dengan posisi kepala di dalam mulut ikan tersebut. Kalau semasa sambaran pertama tali sedikit sangkut oleh jari, udang ini akan terus dilepaskan oleh Siakap, dan jika ini terjadi gantilah udang tersebut dengan udang yang baru. Ketika Siakap pertama kali menyambar udang, pedang udang itu akan dipatahkan. Menurut pengalaman, Siakap tidak lagi tertarik untuk menyambar udang dengan pedang yang telah patah.
Cara Memancing Ikan Siakap

TEKNIK PANCING IKAN SIAKAP BESAR


Jadi tekniknya ulurlah tali semasa sambaran pertama dari Siakap. Sebentar kemudian, atau lebih kurang 5-15 saat uluran akan berhenti. Siakap berhenti untuk memasukkan seluruh udang ke dalam mulutnya/mengunyah. Saat ini kita dengan sangat pelan-pelan menggulung tali dan ditarik tali tidak terlalu kendur. Setelah udang masuk mulut, Siakap akan berjalan lagi. Saat inilah yang paling tepat buat menyentak dan terus mengepam joran.

Kadang kala ada Siakap yang menyambar dan terus membawa lari umpan tanpa henti. Tunggu dulu dalam waktu sekitar 5-15 saat kalau ikan tidak berhenti terus sahaja menyentak joran. Waspada juga, kebanyakan cara makan Siakap besar. Dia akan menyedot dengan rakus dan keras sekali, tapi hanya berenang pendek. Kemudian dia jalan lagi tapi pelan-pelan. Bersiap-siaplah untuk berlawan atau melayan tarikan dalam waktu yang agak lama. 

Gewang Pancing Ikan Siakap


Memancing dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim. Biasanya minnow untuk Siakap bentuknya sedikit melengkung kebawah seperti udang. Contoh gewang rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan.


Teknik Memancing Siakap Terbaik, Cara pancing siakap, cara siakap makan umpan, kaedah memancing siakap kolam, tips pancing siakap liar terbaik, TIPS DAN TEKNIK MEMANCING SIAKAP PALING MUJARAB

GEWANG IKAN SIAKAP

Tutorial Cara Memancing Siakap Teknik Casting


Selain memancing Siakap di laut, Siakap juga boleh dipancing di sungai atau tambak. Memancing di sungai hampir sama dengan mancing di laut. Dalam hal ini sungai yang banyak ikan adalah sungai yang banyak reba atau berupa cerucuk atau pohon bakau.Semasa mancing di tambak,  yang perlu diperhatikan adalah waktu pasang naik. Siakap akan selalu berada di sekitar pintu air saat air masuk.

Sekian entri serba ringkas dan padat dari saya berkenaan cara dan kaedah pancing siakap liar atau barramundi yang paling mujarab. Semoga entri tips atau teknik memancing siakap liar  atau barramundi yang paling mujarab ini dapat membuahkan hasil serta menambahkan ilmu pembaca dan pemancing-pemancing di luar sana. Sebenarnya banyak lagi yang perlu lagi dibincang di lain waktu tentang tips, cara, kaedah atau teknik memancing siakap atau barramundi yang paling mujarab samada siakap kolam atau liar.

Wassalam.

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Cara Memancing Siakap Terbaik yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :kaedah memancing siakap kolam, tips pancing siakap liar terbaik, Cara Memancing Siakap Terbaik Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 07:39

36 comments:

  1. terima kasih atas maklumat detail dan panduan lengkap tentang cara memancing ikan siakap terbaik. Boleh ker di pratik kat kolam berbayar?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana ketika musim kemarau? terbaik ke memancing ikan siakap pada waktu itu memandangkan cuaca sangat panas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah bergantung kepada pemancing pada waktu musim panas. Ikan siakap juga kurang makan pada musim panas terik.

      Delete
  3. terima kasih atas penrkongsian cara pancing siakap bos. Baru berjinak memancing siakap kolam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, boleh cuba tip memancing ikan siakap ni

      Delete
  4. Fuh. info yang padat, terima kasih atas infonya, banayk newbie kaki2 pancing tak tahu pasal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah, baca dan komen

      Delete
  5. terima kasih info berguna memancing ikan siakap. Lengkap dan amat berguna untuk kaki pancing yang baru berjinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca dan komen entri ini, semoga berguna untuk anda

      Delete
  6. Cara memancing ikan kerapu ada tak tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya akan buat entri pasal cara memancing kerapu selepas ini.

      Delete
  7. memang terbaik la bos. Saya memang baru berjinak dengan memancing ikan siakap ni. Tapi kat kolam berbayar jer. tak berani lagi nak memancing siakap kat sungai.. Tapi entri tentang cara memancing siakap ini amat berguna untuk saya

    ReplyDelete
  8. Cara memancing ikan kerapu kolam ada tak bos? atau ikan lain2 selain ikan siakap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada tu, cuba cari dalam entri terbaru

      Delete
  9. Bagaimana bentuk perambut yang sesuai?

    ReplyDelete
  10. Bagaimana bentuk perambut yang sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perambut untuk memancing ikan siakap sebenarnya bergantung teknik memancing. Contoh Perambut teknik casting berbeza dengan teknik pelampong menggunakan umpan hidup ataupun teknik bottom menggunakan umpan hidup. nanti saya akan buat entri berkaitan jenis perambut sesuai untuk teknik memancing siakap cara casting, cara bottom dan juga cara pelampong. Terima kasih atas pertanyaan

      Delete
    2. Lepas ini juga saya akan tutorialkan melalui video cara buat perambut

      Delete
  11. suka buat siakan tiga rasa kalau masak asam pedas belum cuba lagi erk..lari dari topik pula..maaf saya tak tahu nak komen pasal tangkap ikan sebab tak ada pengalaman heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takper.. Nanti saya buat entri resepi masakan ikan pancing pulak..

      Delete
  12. Bro slalu mancing siakap dimana ya? Kami pun tgh cari lesen ni. Any wild-spots you can share?

    http://www.fishmalaysia.com/

    ReplyDelete
  13. Lawa page bro! Saya bard dari fishmalaysia agak riang dapat jumpa sorang yang ada website cengini. Info power bro! pm kita sikit di fishmalaysia.com@gmail.com atau fb: Bard Candy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog saya biasa-biasa saja.. sekadar berkongsi jer bro...

      Delete
  14. MBIL selalu pancing ikan siakap kolam. Tapi siakap ni kalau besar sangat tak bestkan..rasa tawar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu.. yang sedang sedang sedap

      Delete
  15. Aku sukan makan Siakap tiga rasa jaa.. memancing tak pernah.. he he..

    ReplyDelete
  16. saya x pandai nak pancing tapi kalau makan ikan siakap ni saya pandai..heheh

    ReplyDelete
  17. teknik yang lengkap dan padat

    ReplyDelete
  18. bagus blog ini..siapa yang tidak pandai pancing pun boleh jadi pemancing yang pandai dengan info2 berguna

    ReplyDelete
  19. Sayangnya saya kalo gak cepet" daat Ikan, keburu gak Sabar

    Jangan Lupa Ikuti Perkembangan Berita Bola Terbaru dan Prediksi Skor Pertandingan di situs : Ajangbola.com Terima Kasih

    ReplyDelete
  20. hebat nih tehnik aku tak coba cara memancing seperti ini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free