Bagaimana Teknik Pancing Pantai Terbaik
|
Teknik Pancing Pantai
|
|
Teknik Pancing Pantai
|
Apakah Teknik Pancing Pantai Terbaik? Bagaimana anda di luar sana tentang cara pancing di tepi pantai terbaik? Mungkin terdapat pelbagai petua dan tips memancing di pantai yang saudara amalkan. pada post kali ini saya ingin bincangkan tentang teknik pancingan pantai yang saya amalkan samada ketika pertandingan memancing di pantai atau memancing di pantai ketika hari biasa. Teknik pancing pantai yang saya amalkan selalu membuahkan hasil, InsyAllah kalau dah rezeki DariNYA. Mungkin cara pancingan di tepi pantai dengan pembaca sekalian adalah berlainan. Apa yang saya amalkan dalam tips atau cara serta teknik pancing pantai ini adalah hasil pengalaman saya, rakan-rakan dan melalui pembacaan saya. Kita lihat Apakah Teknik Pancing Pantai Terbaik?
|
Teknik Pancingan Pantai
|
Cara terbaik memancing di pantai
ialah membuat balingan yang paling jauh mampu dilakukan sambil pastikan
tali dalam kedudukan tegang, tunggu jika ada tarikan atau henjutan
dengan memerhatikan hujung joran. Anda juga boleh letakkan loceng di
hujung joran untuk memudahkan anda. Jika dalam masa 15 minit masih tiada
henjutan atau tarikan cuba karau sedikit lebih kurang 1 kaki dan tunggu
lagi dan jika dalam 15 minit masih tiada juga cuba ulangi proses
tersebut. Berhenti jika terdapat henjutan atau tarikan ikan. Teknik ini
adalah penting untuk mengetahui lokasi ikan bermain ketika air pasang
dan surut. Oleh kerana laut adalah terbentang luas di depan mata, sukar
untuk meramalkan lokasi kawanan ikan.
Sesetengah kawasan pula ombak
sendiri akan menolak umpan pemancing ke arah pantai ketika air pasang.
Jika ini berlaku kita perlu memastikan tali sentiasa dalam keadaan
tegang. Cara melontar yang berkesan ialah letak ladung dan umpan di atas
pasir dengan kedudukan joran mendatar ke belakang. Pemancing perlu
berada dalam kedudukan seperti atlit merenjam lembing. Anda boleh
merujuk kepada teknik surf casting berkaitan dengan langkah lontaran,
kaedah lontaran, aspek lontaran, teknik ikatan dan jenis perambut yang
sesuai serta kombinasi peralatan termasuk joran, kekili, muatan dan saiz
tali. Berikut adalah perkara-perkara berkaitan yang di beri perhatian sebelum anda turun memancing atau teknik pancing pantai.
Peralatan Teknik Memancing Pantai
Rod Pancingan Pantai
Rod
untuk pancingan di tepi pantai adalah syorkan 8 kaki keatas. Lagi
panjang lagi elok memudahkan lontaran yang lebih jauh. Saya biasa
menggunakan rod 10 kaki untuk teknik pancing pantai.
Reel Pancing Pantai
Gunakan reel pancing yang tahan
air masin adalah di syorkan untuk kaedah teknik pancing pantai. Saiznya
pula lebih kurang 3000 series keatas. Manalaka gear ratio pula 3 keatas
adalah terbaik untuk cara memancing di pantai.
Perambut pancing Pantai
Perambut pancing pantai terbaik
untuk memancing ikan di pantai adalah 20-50lb kalau tali tangsi dan 40lb
keatas jika anda menggunakan perambut tali sulaman.
|
Contoh Perambut Pancing Pantai
|
Tali Utama Memancing Pantai
Tali utama untuk teknik
memancing di pantai yang saya syorkan adalah 20lb keatas untuk tali
tangsi dan 30 paun ke atas untuk tali sulaman
Mata kail Pancing Pantai
Mata kail yang di syorkan adalah
yang tajam dan tahan lasak. Saiz lagi kecil lagi elok tapi perlulah
tahan lasak. Sebenarnya ia juga bergantung jenis ikan yang di pancing di
pantai juga. Saiz mata kail yang saya gunakan adalah kecil tapi tajam
dan kukuh.
Batu Ladung atau pemberat
Pemberat atau batu ladung untuk
cara memancing pantai bergantung kepada keadaan air atau ombak. Pemberat
sangat perlu bagi mengelakkan umpan bergerak. Guna ladung hidup pun
buleh kalau memancing di pantai berpasir, atau ladung mati di pantai
berlumpur. Kelebihan guna ladung mati balingan lebih jauh sebab berat
kat hujung tali, bukan kat tengah berbanding ladung hidup. Atau gunakan
ladung khas dibuat untuk surfcast yang mampu menahan dari tergolek
ditolak arus dan ombak. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan
dan ia perlulah di sesuaikan dengan rod, tali utama dan juga tali
perambut. Biasa saiz yang saya gunakan saiz 7 keatas, bergantung kepada
keadaan pantai.
Umpan memancing di Pantai
Umpan pancing pantai yang selalu
saya gunakan adalah udang hidup, Udang segar, Perumpum, Hirisan ikan,
Sotong pasar, Sotong kurita, Anak ikan belanak, Ikan muara seperti
beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai,
Ketam angin, anak ketam batu, Roti, Roti canai, daging ayam untuk ikan
kuku, Siput, kerang, kupang, isi cengkeram dan macam-macam lagi.
|
Umpan Pancing Pantai
|
|
Umpan Pancing Pantai
|
Air atau Ombak
Keadaan
air atau ombak sangat penting dan wajib diambilkira sebelum anda keluar
memancing di pantai. Ini adalah bagi memberikan hasil pulangan atau
hasil pancing dan juga soal keselamatan. Untuk itu anda perlu kepada
melihat Jadual Pasang surut air sebelum keluar memancing.
Masa atau Waktu Memancing Pantai
Waktu
terbaik bagi pancingan tepi pantai adalah ketika air pasang penuh. Pada
waktu itu ikan akan berada rapat pantai atau tepian pantai. Secara
ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga
sebelum fajar. Masa paling mujarab ialah lepas waktu Maghrib hingga
sebelum habis
waktu Subuh. Waktu malam adalah waktu terbaik untuk memancing di pantai
kerana ikan lebih aktif dan efektik berbanding disiang hari.
|
Hasil Pancing Pantai
|
Sekian sahaja berkaitan teknik atau cara pancing di pantai. Teknik pancing pantai ini adalah bersumberkan dari pengalaman saya, pegalaman sahabat memancing dan juga melalui pembacaan. Semoga cara atau kaedah pancingan di tepi pantai ini berguna untuk anda. Sekiranya ada kekurangan dalam Teknik Pancing Pantai atau kaedah memancing di pantai dalam entri ini adalah sebab kelemahan saya sendiri. Ia juga mungkin dari kaedah penyampaian saya. Sekian.
Sebenarnya saya memang tidak suka memancing ikan di pantai.. hanggus la tuan. tetapi pasal info memancing ikan dipantai memang terbaik
ReplyDeleteboleh cuba.. belum cuba belum tahu
Deleteterima kasih atas perkongsian ini tuan. satu teknik memancing di pantai yang berguna untuk saya yang masih baru dalam bab memancing ni
ReplyDeletecubalah, mungkin bergunan untuk anda
Deleteyg mencabar pancing pantai ni nk baling jauh....masih blm dpt baling jauh walaupun mcm2 teknik dh buat....
ReplyDeletejenis tali utama, panjang perambut, kedudukan batu ladung dan rod kena sesuaikan baru dapat baling jauh. Teknik hayunan juga memainkan peranan juga
Deleteuntuk perambut pancing pantai saiz brapa yg sesuai?
Delete40lb keatas dah boleh guna. Saya biasa guna 40 atau 50lb
Deleteklu boleh bagi contoh mata kail.di pasaran ada berpuluh2 jenis dn fungsi.klu tuan bg contoh mata kail yg tuan guna pn xpe.kalau boleh tlg bagi contoh sekali cara cangkuk umpan di mata kail.
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah dan komen.. betul tu...Saya akan buat entri susulan dari entri ini, iaitu berkenaan perambut dan mata kail untuk memancing di pantai... Teruskan bersama blog ini dengan melangan Google+ atau like page FB myrodreel.com.. sekian terima kasih atas cadagan dan pertanyaan
Delete