Siapakah Aku? Buat masa ni
biarlah rahsia… Panggil jer Brohantu sebagai penaku.. Salam buat rakan-rakan
blogger semua.. Kembali lagi Brohantu ke arena blogging setelah lama
meninggalkan. Tinggal sebenarnya tanpa
kerelaan tapi pasrah.
Aku mula menjadi blogger sebenarnya pada awal tahun 2009. Tapi akibat desakan kerja dan
masalah besar peribadi berkaitan hidup matiku maka terpaksa aku tinggalkan
blogging pada penghujung tahun 2011.
Bertapa ruginya bila memikirkan kembali, dengan ranking alexa, pagerank,
traffic dan iklan innity dan google yang telah bertapak pada blogku masa tu,
tapi adakan daya demi masa depanku aku terpaksa tinggalkan ia.
Maafkan aku, kawan-kawan blogger.
Aku terpaksa rela. Masih ingat lagi pada rakan blog seperti puanbee.com,
cikguwan, Ar-rifke.com, ammboi.com dan banyak lagi rakan blog lain. Pernah juga aku
menyertai penjumpaan atau minum-minum bersama rakan-rakan blogger. Aku sebenarnya
seangkatan timbulnya blogger puanbee.com yang semakin glamour dan meletoop
sekarang. Ramai juga rakan-rakan bloggerku sudah jadi top blogger sekarang.
Tahniah pada anda semua, Semoga aku masih dalam ingatan. Masihkah kau ingat……
Sekarang masalahku telah selesai
dan kehidupanku kembali aman. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan Limpah
kurniaNya aku kembali menjalani kehidupan sepeti biasa, bahagia bersama Isteri
dan anak-anak juga kembali berkerja seperti biasa. Setelah 3 tahun dengan pelbagai
masalah, 3 tahun turun naik mahkamah, berpuluh ribu mengalir keluar, akhirnya dibebaskan dari masalah dan sekarang menjalani
kehidupan seperti biasa bersama keluarga setiaku yang sentiasa berada disisi
ketika di datangi pelbagai dugaan dan cabaran. Tanpa kamu sokongan kamu semua,
siapalah diriku hari ini.
Mulakan kembali dan bermula dari ‘zero’
kera aku rindukan blogging. Masa dulu aku berblogging tentang kerja seharianku.
Tapi sekarang rasanya aku berblogging tentang hobiku sebagai pemancing tegar
sejak dari dulu lagi, sejak aku masih kanak-kanak lagi. Dari menggunakan Joran
buloh lagi sehinggalah sekarang menggunakan rod dan reel.
Sebenarnya hobi memancing ni
adalah salah satu cara aku mencari ilham dan ketenangan dalam kehidupan
seharian. Kadang-kadang aku setiap hari aku memancing, tak kira kat kolam,
tasik sungai dan lautan. Dah bermacam tempat aku sudah terjah samada didalam
hutan ataupun lautan dalam. Paling tak sempat pun aku mancing kat kolam
berbayar. Cakap pasal hobi memancing ni
dah beribu-riban aku habiskan duit. Tapi takper, yang penting dapat pengetahuan
dan yang paling penting dapat sahabat seperjuangan.. hahaha…
Jadi untuk sekembali kedunia
blogging ni aku akan bercerita tentang hobi memancing ini dan juga semua
tentang hal berkaitan. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua.
Sekian, Wassalam….
Ikhlas dariku Blogger lama, tapi
bukan Otai.
Brohantu….2014
selamat kembali :)
ReplyDeletethnaks.. salam ukhwah
DeleteWelcome back dan salam perkenalan dari KN...
ReplyDeletesalam ukhwah
DeleteZumal singgah balas kat sini... Salam perkenalan k :))
ReplyDeletesalam ukhwah
Delete