Cara Rahsia Cari Kawanan Siakap

Teknik atau Cara Rahsia Aku Cari Kawanan Ikan Siakap


Cara Rahsia Cari Kawanan Siakap, kaedah cari tempat pancing siakap, Rahsia pancing siakap

Ikan Siakap Liar

Dalam artikel ini saya membincangkan bagaimana untuk mencari kawasan kawanan ikan siakap.   Ikan siakap secara amnya sukar difahami, ironik, kuat dan pantas dalam akrobatik dan sedap bila di makan. Biasa saya buat Siakap Masak 3 Rasa atau Siakap Masak Empat Rasa.  Pengalaman, pengetahuan dan Usaha adalah resepi Utama untuk mejinakkan Ikan Siakap, samada ikan siakap kolam ataupun ikan siakap liar. Saya sebenarnya bukanlah pakar atau Sifu dalam Cara memancing Siakap. Saya sebenarnya baru kira-kira dalam 5 tahun dalam aktiviti Casting ikan siakap. Tapi saya sangat pantas dalam mempelajari teknik, cara, tips dan kaedah casting ikan siakap ini. Untuk menambah pengetahuan dalam cara atau teknik casting siakap ini, saya mencari ilmu dari orang yang lebih berpengalaman, melalui pembacaan buku dan internet juga melalui pengalaman memancing sepanjang 5 tahun ini. Dalam tempoh itu saya mempelajari dan memperbaharui segala tips, teknik, petua dan kaedah casting ikan siakap samada siakap kolam ataupun siakap liar. Tapi sehingga kini saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Kalau dah terror mungkin saya boleh buat gewang sendiri atau gewang handmade untuk ikan siakap macam seorang kawan saya sorang tu. Sampai boleh jual Gewang handmade di pasaran.

Cara Rahsia Cari Kawanan Siakap, kaedah cari tempat pancing siakap, Rahsia pancing siakap

Siakap Masak Empat Rasa

Jika anda mengikuti teknik-teknik casting siakap dengan kaedah biasa dan masih belum hasil sebarang siakap , anda  mula mempersoalkan kehebatan pancingan anda. Saya membuat satu ujian untuk menilai kawanan siakap bagi  menghasilkan keupayaan kawasan pancingan. Carilah tempat-tempat memancing yang menghasilkan skor yang lebih tinggi untuk meningkatkan peluang anda untuk mencari tempat kawanan ikan siakap. 

Tips Mencari Kawanan Ikan siakap


-Biasanya saya mencari  kawasan pedalaman dan sukar untuk akses atau masuk mungkin hanya berjalan kaki di celah-celah semak baru boleh sampai ke tempat tersebut.
- Cari kawasan disentuh dan yang belum dimajukan oleh manusia dan kekurangan apa-apa kemudahan termasuk bangunan dan tanaman.
- Cari kawasan dibanjiri dengan agas menggigit ? Untuk tahu kawasan ini,  anda perlu digigit oleh agas sekurang-kurangnya 5 kali setiap minit.
- Cari kawasan boleh di katakana perkampungan nyamuk ? Hahaha.. terpulang pada korang. Aku main redah jer, Sediakan Ridsect kalau nak tahan. Untuk tahu kawasan ini,  anda perlu digigit oleh nyamuk sekurang-kurangnya 5 kali setiap minit.
- Cari kawasan yang orang kata ada hantu, ada orang mati, ada buaya….. Hahaha korang berani nak casting siakap kat tempat macam ni? Tepuk dada Tanya Hati.

Cara Rahsia Cari Kawanan Siakap, kaedah cari tempat pancing siakap, Rahsia pancing siakap

Kawasan Pancing Siakap

Untuk memancing Siakap anda perlu membaca Cara memancing Siakap Terbaik. Ini adalah untuk anda lebih faham sebelum memancing ikan siakap. Untuk kekawasan seperti di atas saya syorkan anda pergi lebih dari dua orang untuk keselamatan dan bawa juga peralatan keselamatan.

Secara amnya untuk memancing ikan siakap supaya tidak pulang dengan tangan kosong adalah cari kawasan yang belum orang memancing atau lebih kurang kawasan yang masih Dara. Ini adalah Tips atau cara atau petua yang aku amalkan dalam mencari kawasan kawanan ikan siakap liar.  Ternyata ia selalu memberikan hasil. Ini saja yang dapat saya kongsikan buat pembaca sekalian tentang petua dan tips mencari kawanan siakap sebelum aku memancing atau casting siakap. Bagaimana dengan anda? Semoga perkongsian ini memeberi pengetahuan berguna untuk anda. Wassalam.

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Cara Rahsia Cari Kawanan Siakap yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Cara Rahsia Cari Kawanan Siakap, kaedah cari tempat pancing siakap, Rahsia pancing siakap Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 01:45

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free