DAFTAR ONLINE GP JORAN BERITA HARIAN 2014
CARA DAFTAR ONLINE GP JORAN BERITA HARIAN 2014 |
Kuala Lumpur: Tourism Malaysia akan mempromosi siri pertandingan GP Joran BH ke sekurang-kurangnya 44 negara mulai tahun ini.
Promosi
di peringkat antarabangsa itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada
GP Joran BH, malah akan mempromosi Malaysia sebagai destinasi memancing
terkemuka dunia.
Timbalan Pengarah Perancangan Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin, berkata pihaknya akan mencetak dan mengedar buku serta risalah mengenai GP Joran BH 2014 di semua 44 pejabatnya di seluruh dunia tahun ini.
Beliau yakin langkah itu akan dapat menarik ramai kaki pancing dari seluruh dunia datang dan memancing di negara ini.
Azizan
berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengumuman Tarikh, Lokasi
dan Serahan Tajaan Acara Karnival Pertandingan Memancing GP Joran BH
serta acara lain Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, di sini, semalam.
Mulai tahun ini, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan Unit Joran BH dalam penganjuran GP Joran BH.
Pertandingan premier
“Kerjasama
Tourism Malaysia dengan BH adalah langkah tepat berikutan kejayaan GP
Joran BH sebagai pertandingan memancing premier sejak 1996.
“Ini
selari dengan usaha Tourism Malaysia menjual pelbagai produk
pelancongan, termasuk ekopelancongan dalam siri promosinya ke seluruh
dunia.
“Lagipun
Malaysia adalah negara maritim bermula dari Perlis hingga ke Sabah, ia
dikelilingi laut dan sudah pasti kaya dengan pelbagai spesies ikan,”
katanya.
Turut
hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham
Othman; Pengarang Eksekutif Mingguan/BH2, Zainor Said; wakil beberapa
kerajaan negeri, penaja utama dan korporat GP Joran BH 2014.
Antaranya,
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), yang diwakili Ketua
Pegawai Operasinya, Zahari Husin; UFL-Coleman yang diwakili Pengarah
Urusannya, Datuk Radha Krisnan dan Johor Corporation (JCorp) yang
diwakili Pengarah Urusan Johor Land, Lukman Abu Bakar.
Terdahulu dalam ucapannya, Azizan berkata, hobi memancing tidak lagi dianggap satu aktiviti kelas ketiga atau kelas bawahan.
Bagaimana Cara Daftar GP JOran Berita Harian 2014
“Ia
kini disertai golongan bangsawan, orang kenamaan, malah pemimpin negara
seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Amerika Syarikat, George W Bush serta
Presiden Russia, Vladimir Putin turut menjadikannya hobi,” katanya.
Persatuan
Memancing Malaysia (PeMM) menganggarkan ada lebih 3 juta pemancing di
negara ini, dengan 700,000 daripadanya pemancing tegar yang sanggup
menjelajah ke seluruh negara untuk memancing.
Sementara
itu, Badrulhisham berkata, sejak GP Joran diperkenalkan pada Oktober
1996, beberapa negeri antaranya Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak,
Selangor, Pahang dan Terengganu sudah menjadikannya sebagai acara tetap
bagi kalendar pelancongan mereka.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia