CARA DAN TEKNIK MEMANCING IKAN
|
Teknik Memancing Ikan
|
Post kali ini saya akan menghuraikan teknik-teknik memancing ikan samada, di kolam, sungai atau laut. Teknik-teknik ini digunakan bergantung kepada jenis ikan yang hendak di pancing dan juga kepada keadaan kawasan memancing. Oleh yang demikian pemilihan kelengkapan yang sesuai adalah perlu sebelum keluar memancing. Hal ini bergantung kepada jenis ikan nak di pancing, kawasan pancing, keadaan fizikal dan kedalaman air.
|
CARA CASTING fISHING
|
TEKNIK PANCING CASTING.
Casting atau teknik mengilat adalah satu
kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian
mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan. Umpan
yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis
serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).Ikan
biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau.
Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika
mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
|
CARA MEMANCING TEKNIK POPPING.
Popping – Teknik ini lebih mirip seperti
casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini
menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan
bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper
yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi
yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di
kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.Teknik ini
banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
|
CARA JIGGING
|
CARA MEMANCING JIGGING
Jigging adalah teknik mengilat secara mengujun
(henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat
daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat
dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu
beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan
dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi
sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang
menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
|
BOTTOM |
CARA MEMANCING BOTTOM.
Bottom fishing atau pancing dasar berkait
rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional.
Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan
dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan
semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
CARA MEMANCING DRIFTING.
Drifting atau menghanyut umpan terutama
umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung
dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan
berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
CARA MEMANCING TROLLING.
Trolling atau menundaumpan ikan, sotong
mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu
nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui,
ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih
popular dilakukan siang hari.
Setakat ini sahaja dulu post tentang teknik dan cara memancing ikan di laut dan di sungai. Semoga kaedah teknik memancing ikan ini berguna untuk anda.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia