Tahukah Anda Ikan termahal di Malaysia?
Ikan Empurau
adalah ikan yg paling mahal atau termahal di Malaysia. Harga sekilogram boleh mencecah sehingga RM2000.00.
Namun itulah harga Ikan air tawar termahal di Malaysia, harga yang sanggup di
bayar oleh peminat ikan air tawar termahal di Malaysia untuk menikmati hidangan
lazat ikan termahal ini. Ikan Empurau Sarawak adalah
sejenis ikan daripada spesies Tortambroides atau dikenali juga sebagai
"Wong Bu Liau" dalam bahasa Cina. Ikan ini bukanlah sebarang ikan,
ikan ini dianggap sebagai "raja ikan" di antara ikan-ikan yang
terdapat di negeri sarawak. Ia juga di kenali Ikan Eksotik di Malaysia. Kalau
anda tidak percaya ikan Air Tawar Empurau Sarawak boleh mencecah harga RM2000.00 sekilogram baca
Artikel dari My News Hub.my
Masakan Ikan Empurau |
Jutawan Hong Kong Naik Jet Peribadi Ke Malaysia Semata-Mata Nak Makan Ikan Empurau!
SEORANG jutawan Hong Kong sanggup terbang dengan pesawat peribadinya ke Malaysia semata-mata untuk menikmati keenakan ikan empurau, sejenis ikan yang sangat terkenal dalam masyarakat Cina disebabkan kesedapan dan harganya yang sangat mahal. Harga ikan ini boleh mencecah RM1,800 sekilo.
Difahamkan, Peter Lam telah terbang ke sini bersama sembilan rakannya yang lain untuk menikmati ikan tersebut yang dikukus di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Ikan empurau dalam bahasa Cina dikenali dengan nama Wang Bu Lio (Jangan Lupakan Saya).
Ikan itu telah dipesan melalui seorang pakar ikan air tawar dari Sarawak, James Wong untuk makan malam Ahad lepas.Wong memberitahu ikan yang dipesannya itu berharga RM3,000 (dua kilogram).
“ Ramai pelancong dan jutawan terbang ke Malaysia semata-mata untuk merasai keenakan ikan ini, tetapi inilah kali pertama ada yang datang dengan jet peribadinya sendiri,” katanya.
Ikan Empurau Masakan Mewah Sarawak |
Dalam pada itu, Lam yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membeli lima ekor ikan air tawar termasuk empat dari jenis empurau dengan harga RM17,000 untuk dibawa pulang ke Hong Kong semalam.
Ketika ditanya wartawan, Lam berkata, inilah kali pertama dia membeli ikan empurau di negara ini. Katanya, ikan itu sungguh sedap!
"Saya akan kembali lagi. Bukan empurau saja, banyak ikan lain yang sedap di Malaysia…saya akan bawa lagi kawan-kawan untuk merasai kesedapan ikan di sini,” katanya.
Untuk rekod, ikan air tawar itu menjadi popular di Hong Kong selepas seorang pengkritik makanan Chua Lam dan chef terkenal wilayah itu, Liang Wentao memasak ikan tersebut dalam sebuah program televisyen di sana.
Kenapa Ikan Empurau Mahal
Ikan Empurau ini
hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yg sangat manis,
serta isi dan teksturnya yang sangat lembut.Apa yg membuatkan isinya begitu
lembut dan harganya mahal sehingga mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia
hanya memakan buah-buahan jenis "Engkabang" yang tumbuh perairan
sungai di Sarawak. Bagi dikalangan rakyat negeri sarawak, hidangan ikan ini
hanyalah untuk hidangan untuk orang-orang kaya sahaja memandangkan harganya
yang cukup mahal dan sukar diperolehi
Daerah Kapit
cukup popular dengan ikan ini,ini adalah kerana kedudukannya di kawasan hulu
Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli. Ikan ini
tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu di kawasan hulu sungai.
Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang,
Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang
dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.
Kepupusan Ikan Empurau di Sarawak
Ikan Empurau,
Ikan eksotik dan Ikan air tawar termahal di Malaysia kini mengalami sedikit
kepupusan. Populasinya Yang kecil, menjadikan populasinya semakin berkurang. Ia
juga akibat pemburuan Ikan empurau ini oleh pemancing, pemukat dan sebagainya
akibat permintaan tinggi dan harganya mahal. Ditambah pula dengan aspek
pembangunan yang menganggu habitat ikan Empurau. Pemburuan tanpa had. Ikan
empurau dapat mencapai berat lebih daripada 30 kg. Pemburuan tanpa kawalan akan
menyebabkan ikan Empurau, Ikan Air Tawar Termahal di Malaysia pasti akan pupus
suatu hari nanti.
Cara Mengatasi Kepupusan Ikan Empurau Sarawak
Langkah Dari Kerajaan
penting bagi mengekalkan populasi Ikan Empurau Sarawak. Di Sarawak Ikan Empurau
juga di kenali sebagai Raja Ikan. Pada tahun 2012 Kerajaan mengumumkan dana
bagi mengekalkan populasi Ikan Air Tawar Empurau Sarawak seperti mana di
laporkan oleh Utusan online,
Penyelidikan ikan empurau: PM umum peruntukan RM4.5j
11/04/2011 5:00pm
BETONG 11 April - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan empurau, sejenis ikan air tawar yang hampir pupus di Sarawak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada majlis perjumpaan pemimpin bersama rakyat di gelanggang futsal pekan Spaoh, kira-kira 50km dari sini, hari ini.
"Ini supaya membolehkan ikan itu bukan sahaja dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak tetapi juga oleh penduduk Semenanjung apabila ia dihasilkan dengan banyaknya kelak, katanya.
Harga seekor ikan empurau matang seberat tiga kilogram boleh mencecah antara RM2,800 hingga RM3,000. Ikan berkenaan hidup di hulu sungai berair jernih kini hampir pupus disebabkan oleh pencemaran alam sekitar.
Pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 penduduk Spaoh itu, Najib berkata Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan negeri Sarawak, termasuk RM5.7 bilion di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh 2010-2012.
Baru-baru ini,
bulan April 2014 kerajaan Sarawak
mengambil langkah proaktif bagi mengawal kepupusan ikan Empurau ini seperti di
laporkan oleh akhbar Borneo post:
5,000 anak ikan empurau dilepas di Sungai Kelapang
Posted on April 17, 2014, Thursday
Ternakan Ikan Empurau Sarawak |
MARUDI: Sebanyak 5,000 anak ikan empurau telah dilepaskan di Sungai Kelapang, Long Peluan di Ulu Baram bagi tujuan meningkatkan ekosistem di sungai berkenaan di samping menambah biak spesies ikan yang semakin pupus itu.
Anak-anak ikan tersebut telah dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga Menteri Pembangunan dan Pemodenan Pertanian, di Putsa Renera Jabu di Long Peluang.
Menurut Jabu, dengan pelepasan anak-anak ikan tersebut, diharap suatu hari kelak apabila ia semakin membesar dan membiak, ikan tersebut bakal menjadi sumber makanan bagi penduduk di Long Peluan dan Long Banga.
Selain ikan empurau, spesies ikan sungai lain turut ditemui di Sungai Kelapang ialah semah, baung dan ikanikan jenis lain.
Turut menyertai Jabu melepaskan anak ikan tersebut ialah ahli-ahli kumpulan penyelidikan dan pembangunan yang diketuai oleh beliau sendiri.
Acara tersebut turut disertai dan dihadiri oleh ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Janggu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, Residen Bahagian Miri Anthonio Kathi Galis serta Pengarah Pertanian Sarawak Lai Kui Fung.
Kaki-kaki pancing juga memainkan peranan penting dalam hal ini bagi mengelakkan kepupusan Ikan Empurau Sarawak Ikan Termahal di Malaysia.
Pendekatan ialah melalui kaedah cara memancing, cara menangkap, cara
menangkap, teknik pancing, dan segala panduan supaya tidak menjejaskan
habitat dan populasi Ikan empurau sarawak ini. Sekian artikel tentang
Ikan Empurau Sarawak Termahal Di Malaysia semoga info ini bermanfaat
untuk anda.
wah.. besarnya ikan..
ReplyDeletememang besar.. tapi susah nak dapat
DeleteFuhh.. Mahal sungguh ikan empurau ni. macam Ikan kelah jer
ReplyDelete