Umpan Ikan Tongsan Kolam

 
Memancing Ikan Tongsan Kolam

Memancing Ikan Tongsan Kolam

Mengumpan Ikan Tongsan Kolam Seterpa

Umpan Ikan Tongsan Kolam? Salam dan selamat sejahtera. Disni saya ingin kongsikan Umpan Ikan Tongsan Kolam. Ikan tongsan, ikan air tawar yang sangat di gemari oleh kaki-kaki pancing selain ikan rohu, patin dan mekong. Disini saya nak kongsikan Umpan Ikan Tongsan Kolam, lombong dan tasik yang saya gunakan terbaik setakat ini. Umpan ikan tongsan kolam Rahsia ini bukan resepi saya tetapi dari sahabat saya. Baru-baru ini saya ada membeli beberapa kg Umpan Ikan Tongsan sisik halus dari sahabat saya tersebut. Umpan Ikan Tongsan ini dalam bentuk dedak halus yang sememangnya sesuai untuk memancing ikan tongsan kolam. Sukacitanya saya kerana hasil penggunaan dalam aktiviti memancing ikan tongsan sangat menggalakkan dari sebelum ini. Sebelum ini saya menggunakan ramuan sendiri terdiri dari beberapa ramuan dedak tetapi hasil pancing ikan tongsan tidak menggalakkan.Ikan Tongsan yang sangat hanyir tetapi sangat sedap di makan memang kegemaran kaki pancing kolam kerana kebanyakkannya sangat besar. Dedak atau Umpan Ikan Tongsan Kolam ini adalah Resepi rahsia Umpan Ikan Tongsan Kolam sahabat facebook saya saudara Amran Tongsan. Nama dah Amran Tongsan tentulah sifu Umpan Ikan Tongsan sisik halus

Umpan Rahsia Ikan Tongsan

Umpan Rahsia Ikan Tongsan


Ikan Tongsan Sisik Halus
Ikan Tongsan Sisik Halus

Testing Umpan Ikan Tongsan Kolam Seterpa

Kali pertama testing Umpan ikan Tongsan ini,  saya memancing selama 6 jam di Kolam Pancing Seterpa, Peringat, Kelantan bermodalkan RM44.00. Hasil yang saya perolehi adalah 3 ekor. seberat 10.240kg ikan pertama, kedua 6.5 kg dan ketiga 4.8kg dan lucut 3 ekor. ternyata amat memuaskan.Yang amat saya berpuashati ialah ikan lain tidak menjamah umpan ikan tongsan tersebut. Teknik memancing ikan tongsan yang saya gunakan adalah teknik bottom menggunakan Bom spring mata Gabus. Umpan di kepal pada bom sebesar penumbuk dan menggunakan 2 mata kail saiz kasar yang di cucuk gabus. 1 Jam pertama saya bom setempat 2 umpan untuk mengumpan ikan tongsan sedar dan datang kawasan umpan. 6 Jam memancing pada pukul 9 Malam hingga 3 pagi boleh di katakan sejam seekor Ikan tongsan mengena merupakan yang terbaik memandangkan kolam tersebut memang susah nak naik ikan tongsan kerana ikan tongsan yang ada adalah ikan lama(ikan pernah kena pancing). Selepas testing kali pertama saya mencuba pula menggunakan teknik memancing ikan tongsan menggunakan pelampong. Hasilnya juga sangat menggalakkan, lebih kurang kalau memancing mesti ikan tongsan dapat di naikkan. InsyaAllah kalau anda menggunakan umpan ikan tongsan ini pasti hasilnya juga terbaik.

Kolam Pancing Seterpa

Kolam Pancing Seterpa

 

Bom Spring Ikan Tongsan

Testimoni Umpan Ikan Tongsan "Amran Tongsan"

Ini adalah testimoni hasil pancing menggunakan umpan tongsan rahsia sifu Amran Tongsan. Malah ada pengguna yang berjaya memenangi pertandingan ataupun jackpot kolam memancing. Biar gambar berbicara....

Rahsia umpan ikan tongsan


Ikan Tongsan Besar



hasil pancing ikan tongsan

testimoni hasil umpan tongsan rahsia

Testimoni Pengguna Umpan Tongsan

Umpan Ikan Tongsan "Amran Tongsan"

Dedak Ikan Tongsan ini diadun dengan 5 jenis dedak dan juga 3 ramuan serta ramuan rahsia dari indonesia bagi menambahkan selera makan ikan tongsan kolam, sungai mahupun lombong atau tasik. Ianya juga mudah di gunakan hanya perlu menambah air secukup rasa ( senang di kepal pada mata bom dan di lontar tidak pecah tapi peroi). Petua umpan ikan tongsan rahsia ini adalah air yang digunakan perlulah air kolam tempat memancing tersebut.

Bagaimana nak dapatkan Umpan Rahsia Ikan Tongsan "Amran Tongsan". Ini saya sertakan sekali Facebook Amran Tongsan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Umpan Ikan Tongsan Rahsia beliau boleh PM atau Call 012-4660527. belum cuba belum tahu. Mana tahu ia sesuai dengan tempat memancing ikan tongsan di tempat anda. Umpan adalah ikhtiar, rezeki adalah dari Yang Maha Esa. Jadi jangan anda cepat melatah dan besabar ketika memancing. Kumpau itu indah.

Sekian entri saya berkaitan umpan Ikan Tongsan Rahsia dari Tuan Amran Tongsan. Jika ingin mencuba Umpan Ikan Tongsan Kolam bolehlah hubungi beliau Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Blog, Updated at: 01:11

18 comments:

  1. Replies
    1. nie kecil lagi.. nanti saya keluarkan koleksi saya yang lagi besar

      Delete
    2. berapa RM harga umpan ikan tongsan ni bos?

      Delete
  2. Replies
    1. ye ker? Agak-agak nak masak apa dengan ikan tu

      Delete
  3. umpan ikan tongsan ini boleh memancing ikan tongsan lombong tak bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. umpan ikan tongsan ni boleh di cuba mana-2..

      Delete
  4. Tak pernah merasa naikkan tongsan...asyik tengok orang jer! Memang geram giler...tambah2 tgok gambar2 tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lagi.. try-try experiment skit.. lain kolam lain ragamnya

      Delete
  5. besarnye ikan tu... macam tak larat je bro tu nak angkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kecil... Ada yang lagi besar saya dah peluk..

      Delete
  6. kalau jadi kaki pancing..ikan adalah menu hari-hari

    ReplyDelete
  7. kalau jadi kaki pancing..ikan adalah menu hari-hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki pancing ni jarang yang makan ikan.. hahaha

      Delete
  8. ni ramuan sy , 929 , dedak pandan , pandan butter & aisin pisang star brand
    campurkan kesmuanya + air kolam .. insyaallah menjadi .. main bottom boleh , plampung pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian umpan tongsan kolam tuan

      Delete
  9. Umpan sy kongsikan bersama , x perlu simpan2 ..

    Umpan tongsan :-

    1. Dedak 929 1 packet
    2. Dedak Pandan 1 packet
    3. Pandan Butter 1 bijik
    4. Aisin Pisang cap Brand Star 1 botol

    Masukkan Semua Benda tu dlm tong pastu campurkan air dari kolam yg korang nk pancing..insyaallah mujarab..bottom boleh atas air pun boleh .. teknik kene betul .. salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kesudian kongsi Umpan Tongsan ni tuan. Pandan Butter mcm mana tu tuan?

      Delete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free