Cara Memancing Ikan Siakap Kolam

Bagaimana Cara Memancing Ikan Siakap Kolam

Cara memancing Ikan Siakap Kolam sebenarnya tidak sesusah dan serumit cara memancing ikan siakap di lautan, pantai dan juga sungai. Cara Memancing Ikan Siakap di kolam berbayar sebenarnya anda tidak perlu sangat memikirkan tentang Jadual Pasang Surut, waktu memancing, faktor cuaca dan juga kelengkapan.

Apa yang anda perlu pratikkan adalah dari segi teknik memancing ikan siakap kolam. Selalunya terdapat beberapa Cara memancing ikan siakap kolam yang selalu di guna pakai oleh otai-otai kolam pancing berbayar air masin terutamanya ikan siakap kolam air masin.

Terdapat pelbagai teknik yang aku pratikkan di kolam ikan siakap air masin ni. Ini adalah cara memancing ikan siakap kolam yang selalu aku gunakan iaitu teknik casting siakap udang kopek, teknik pelampong udang hidup dan teknik casting udang hidup.

Cara Memancing Ikan Siakap

Cara Memancing Ikan Siakap

Teknik Memancing Ikan Siakap Kolam

Cara Casting Siakap Udang Pasar Kopek  ini yang selalu aku amalkan ketika mula-mula belajar Cara memancing Ikan Siakap Kolam. Dulu masa mula-mula belajar memancing ikan siakap kolam ni aku asyik terlepas jer ikan siakap sebab tak tau masa mana nak bagi tali pada ikan bawa lari umpan, bila masa nak sentap ikan siakap dan bagaimana nak cari ikan siakap kat kolam. So aku kawan la dengan otai-otai kolam ikan siakap, belanja minum, belanja rokok lama-lama dapat la panduan berguna cara memancing ikan siakap kolam.

Yang paling best teknik casting ikan siakap kolam ni masa ikan siakap ambil umpan, terasa meremang bulu roma. Jangan terus sentap, bagi tali biar ikan siakap bawa lari umpan dan telan udang kopek dulu dalam 20-30saat. Lepas tu pastikan tali utama joran anda tegang baru sentap. 

Ini kerana Ikan siakap tidak terus menelan umpan cuma kepit di mulut sahaja selang beberapa saat barulah ikan siakap menelan Umpan udang kopek tersebut. Panjang perambut cara casting ikan siakap kolam yang selalu saya guna pakai ialah antara sejengkal sehingga sehasta dan di letak batu ladung kecil dan juga manik kecil berwarna. Boleh baca entri saya sebelum ini di bawah.

Cara Memancing Ikan Siakap

Cara Casting Ikan Siakap


Teknik memancing ikan siakap guna udang hidup pula, jarang saya guna kerana malas nak membeli atau mencari udang hidup. Guna udang kopek ni senang nak beli, ada kat pasar, pasaraya dan kat tepi jalan pun ada jual. Harganya lebih murah berbanding menggunakan Udang Hidup. Disamping itu udang hidup ni mahal sikit, lebih kurang RM1 seekor. Lagipun nikmat cara memancing ikan siakap kolam ini lebih kepada teknik casting. Kalau cara casting ikan siakap kolam menggunakan Gewang atau lures pulak, jarang kolam berbayar ikan siakap air masin membenar kan pemancing menggunakan Gewang atau Lures.

Perambut casting Ikan Siakap Kolam

Perambut casting Ikan Siakap Kolam

Biasa kolam air masin jenis pancing lepas yang membenarkan cara memancing ikan siakap menggunakan Gewang atau Lures. Menggunakan udang hidup dalam Cara memancing ikan siakap kolam saya selalu gunakan pelampong dan juga teknik casting secara perlahan atau “slow”. Mula-mula saya gunakan dahulu teknik casting slow menggunakan umpan udang hidup dah lama sikit baru gunakan pelampong pula. Bukan apa, teknik casting ikan siakap ni meletihkan bahu , kaki dan tangan juga.

perambut ikan siakap Pelampong

perambut ikan siakap Pelampong

Inilah teknik yang selalu saya gunakan dalam Cara mancing Ikan Siakap Kolam Air Masin atau payau. Mungkin sesetengah pemancing menggunakan umpan anak ikan belanak, pisang ataupun anak ikan lampan dan juga hirisan ikan selayan ataupun ikan tamban.  Terpulanglah pada kesukaan dan juga cara memancing ikan siakap kolam yang anda amalkan atau praktikkan. 

Kecerdasan ikan siakap di kolam juga memainkan peranan dalam Cara memancing ikan siakap kolam. Memancing Ikan Siakap Kolam juga anda perlu mencari pot terbaik ikan siakap kolam. Pot-pot ikan siakap kolam juga juga sentiasa berubah setiap hari bergantung kepada kemasinan air kolam, cuaca dan kecerdasan.
 
Waktu terluang di musim sekolah ini pasti kolam-kolam berbayar pasti di penuhi kaki-kaki pancing kolam berbayar samada yang dah otai ataupun yang masih baru. Aku pastinya tidak terkecuali, boleh di katakan hari-hari melabuhkan joran di kolam. Aku sebenarnya banyak menghabiskan masa di kolam air tawar semenjak dua menjak ni untuk test umpan yang aku buat sendiri. 

Terutamanya umpan ikan rohu, ikan patin, ikan keli dan juga umpan ikan tongsan. Cuma kadang-kadang aku melabuhkan joran kat kolam air masin ikan siakap. Bukan apa takut nanti berkarat pulak Cara Memancing Ikan Siakap Kolam kalau lama-lama tidak praktik teknik memancing ikan siakap kolam.

Memancing Ikan siakap

Hasil Memancing Siakap Kolam beberapa hari Lepas

Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan tentang Cara Memancing Ikan Siakap Kolam Berbayar semoga berguna untuk panduan memancing ikan siakap anda. 

Tutorial Teknik Casting Ikan Siakap Guna Gewang/ lures

 

Blog, Updated at: 01:28

23 comments:

  1. Salam tuan..saya nk tanya mata kail apa yg sesuai?? Klu cantik letak gambar jenis mata kail..tq..from newbie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya boleh guna mata kail jenis yang murah jer. Biasa saya guna jenis murah, beli yang dalam kotak. Biasa untuk memancing kat kolam ni sekali pakai jer.. kalau casting casting atau memancing siakap mata kail masuk terus ke dalam perut ikan. Just potong perambut, ikat yang baru

      Delete
  2. terbaik niche blog nih, boleh di teruskan.

    ReplyDelete
  3. wah banyak itu saya dulu takat dekat sawah jer heee..itu ikan apa saya dapat pun tak pasti. main ikut suka sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sawah biasa ikan puyu, keli, haruan. Ni kategori ikan yang banyak khasiat sejak dulu lagi.. Makan pun sedap..

      Delete
  4. gemok2nye ikan tu..sedapnye buat siakap stim..bet tu..pernah memancing di kolam pak sedare seharian sempena family day yang dibuat di situ..sadiss sekor pon xdapat..last2 pakcik ambil sauk dan tangkap beberapa untuk dipanggang..

    Penipuan Email

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tak tau teknik tu.. sebab tu dapat ikan dipancing

      Delete
  5. t.kasih..Cara nk masuk udang dekat Mata kail xder ke bos??.hehe..(bg betis,nk paha).Sori bro..budak baru nk bljar..

    ReplyDelete
  6. T kasih...cara nk letak umpan udang xnk bg mati cmne bos?.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaumacam buat pun akan mati jugak... lambat dengan cepat jer. Cara nak bagi udang lambat mati cuck mata kail kat tanduk udang. Cuma hati-hati takut tanduknya patah ataupun terkena otak dia. Mata kail pun kena pastikan tajam. jangan guna yang dah berkarat. Boleh juga cucuk kat ekor, tapi jangan bagi kena salur darah dia.

      Delete
  7. sapa kaki pancing ni mesti suka baca entri ni...aku kaki tgk org pancing jer...hehe x reti nak memancing nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh belajar, cuba try kat kolam berbayar dulu

      Delete
  8. macam best je memancing ikan ..dulu-dulu suka memancing udang sahaja.

    ReplyDelete
  9. good info bro..
    patutlah x pernah dapat mancing siakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh cuba tu.. mana tahu rezeki kali ini

      Delete
  10. wah ini masak seminggu boleh tahan heee..jimat wang saku ke pasar ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni satu hari habis.. bagi kat jiran-jiran... Dah selalu makan, sedekah la pulak

      Delete
  11. ikan siakap ini segar..meman sedap di buat 3 rasa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free