Cara Memancing Teknik Jigging

cara memancing teknik Jigging

Teknik Jigging

Bagaimana Cara Memancing Teknik Jigging

Bagaimana Cara Memancing Teknik Jigging? Cara Memancing Teknik Jigging merupakan salah satu cara memancing ikan yang popular di Malaysia malah di seluruh dunia. Cara memancing teknik Jigging biasanya di gunakan dalam aktiviti memancing atau mengumpan ikan di lautan. Teknik Jigging merupakan salah satu kegemaran saya selain dari teknik casting. Di sungai atau kuala saya menggunakan teknik casting, manakala di lautan, cara memancing ikan yang saya suka adalah teknik jigging. Teknik Jigging ini sangat popular dikalangan pemancing-pemancing di lautan yang inginkan kepuasan memancing dilautan. Aku ni tidaklah mahir sangat cara memancing teknik jigging, sekadar berkongsi apa yang aku tahu, pengalaman dan apa yang aku praktikkan. Mari kita lihat Cara Memancing Teknik Jigging yang serba ringkas ini.

Teknik Jigging

Teknik Jigging merupakan cara mengilat ikan dengan menghenjut umpan tiruan yang di panggil jig. Jig atau umpan tiruan yang di perbuat dari timah atau campuran bahan berat yang menyerupai ikan dan dicat dengan warna garang dan terang atau lutsinar. Cara memancing teknik Jigging di perkenalkan oleh pemancing di Jepun dan mula popular di Malaysia 10 tahun lepas.

Spesies Ikan Jig

Spesies Ikan Teknik Jigging

Cara Memancing Jigging

Cara memancing Teknik Jigging memerlukan pemancing mempunyai stamina dan kesabaran yang tinggi supaya teknik jigging menjadi efektif. Teknik Jigging memerlukan pemancing menhenjut rod atau joran pancing supaya jig bergerak seperti pergerakan ikan. Pada permulaaan  Jig akan dilontarkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi, dan menghenjut rod atau joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik Jigging ini boleh dipratikkan ketika memancing siang atau malam. Terdapat dua kaedah memancing teknik jigging iaitu light Jigging dan Heavy Jigging.

Peralatan Jigging

Reel Jigging

Reel bagi Cara memancing teknik  Jigging yang saya syorkan adalah jenis Reel atau kekili yang ringan dengan gear nisbah ratio sekitar 5.1.1 tetapi sangat tahan lasak.Boleh Lihat Reel Jingging Shimano Terbaru

reel teknik jigging

Rod Jigging

Rod yang sesuai untuk teknik Jigging ialah jenis yang tahan lasak dan kuat tapi ringan. Kalau kawasan memancing yang cetek gunakan dari jenis PE 1-3, manakala kawasan laut dalam pula guna dari jenis PE 2-4.

Rod Jigging

Rod Jigging

Tali Utama

Tali Utama dari jenis Sulam dan fiber adalah sangat sesuai untuk cara memancing Teknik Jigging ini. Ini adalah kerana tali utama dari jenis ini biasanya diameternya kecil dan ringan serta tahan lasak. Ia pasti memberikan kekuatan serta kepantasan untuk pemancing melontar dan menhenjut joran atau rod. Dengan itu sudah pasti memeberikan hasil henjutan yang terbaik dalam Cara Memancing Teknik Jigging. Manakalan pilihan tali berkekuatan 10 hingga 70 paun bergantung kepada kedalaman kawasan memancing.

Ikatan Jigging


Mata Kail Jigging

Pilihan mata kail yang sesuai amat penting dalam teknik jugging suapaya tidak menganggu atau mencacatkan pergerakkan Jig di dalam air. Pilih dari jenis yang tahan lasak dan tajam.

mata kail jig

Tali Perambut

Tali perambut biasanya gunakan dari jenis yang kuat dan tahan lasak. Sekarang terdapat tali perambut yang disesuaikan dengan teknik Jigging dengan pilihan pelbagai warna dan saiz. Ini pasti akan memberikan kelebihan untuk menarik perhatian ikan untuk menyambar Jig. 

Ikatan Perambut Jigging

contoh Jig

Tali Kelver

Tali Kelver digunakan untuk penyambungan Jig ke matakail. Seeloknya gunakan dari jenis tali sulam yang berdiameter besar dan tahan lasak. 

tali mata jig

Teknik Ikatan Jigging

Terdapat pelbagai cara dan teknik dalam membuat ikatan perambut dan sambungan ke jig dan juga ke tali utama. Pemilihan cara ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pergerakkan Jig di dalam air. Bagi memberikan kelebihan tersebut saya biasanya menyambung tali perambut ke tali utama mengunakan teknik ikatan FG Knot atau MID Knot. Manakala menggunakan swivel dari jenis halus dan tahan lasak ke Jig. Teknik ini akan memberikan pergerakan terbaik, realistik dan bebas kepada Jig untuk teknik jigging. Pemilihan Swivel, Split Ring, Chili adalah dari jenis yang halus tetapi tahan lasak.

Jenis Jig Untuk Teknik Jigging

Pemilihan Jig yang sesuai amat penting dalam Cara Memancing Teknik Jigging ini. Pemilihan jig adalah berkait rapat dengan kedalam kawasan memancing anda. Sekiranya kawasan cetek, pilihan Jig adalah dari jenis yang ringan, manakala kawasan perairan yang dalam pemilihan Jig dari jenis berat adalah di syorkan. Terdapat pelbagai jenis jig iaitu regular, medium, long dan sebagainya.

jenis jig pasang siap rapala

Jenis Jig Rapala

 
Jenis Jig

Jenis Jig

Panduan Cara Memancing Teknik Jigging

Cara memancing teknik jigging memerlukan anda melakukan cara karauan dan henjutan yang betul. Namun pelbagai pemancing, maka pelbagailah cara karau dan henjutan. Teknik yang saya amalkan adalah 2 kali karauan kemudian henjutan, begitulah selanjutnya. 

panduan jigging

Namun harus diingati ia sebenarnya bergantung kepada nisbah ratio gear reel Jigging yang kita gunakan. Jika saya menggunakan reel gear ratio 5.1.1 maka itulah tips atau panduan yang saya gunakan.

Namun begitu anda boleh mencuba dengan pelbagai teknik dan gaya. Pengalaman pasti memainkan peranan yang penting dalam Cara Memancing teknik Jigging ini. 

Sebolehnya lontarkan Jig mengikut aliran arus dan pastikan juga ia mencecah dasar sebelum henjutan dan karauan di lakukan.

Tips Jigging

Kesimpulan Cara Memancing Teknik Jigging

Secara asasnya memancing teknik jigging memberikan suatu kepuasan memancing yang sukar digambarkan. Biarpun banyak banyak wang ringgit terpaksa di habiskan namun kepuasan mengatasi segalanya. Lebih-lebih lagi sekiranya Cara memancing Teknik Jigging ini memberikan hasil pancing yang besar dan banyak. Semoga Cara Memancing Teknik Jigging ini dapat memberikan suatu pengalaman berguna untuk anda.

Sumber: Butterfly Jig

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Blog, Updated at: 20:38

4 comments:

  1. memang menarik entri ini...amat sesuai untuk si kaki pancing..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  2. kena cuba baru tau dan mahir teknik ni, teknik baik, peluang pun cerah.

    ReplyDelete
  3. wow... dah lama tak mancing nih...

    ReplyDelete
  4. aku suka baca cerita pasal pancing ni walau aku bkn kaki pancing....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free