Jadual Pasang Surut Android

 
Jadual Pasang Surut

Aplikasi Jadual Pasang Surut Android 

Jadual Pasang Surut Air merupakan elemen yang terpenting dalam aktiviti memancing ikan di lautan juga di tepi pantai. Sebelum ini saya telah terbitkan entri berkaitan dengan Aplikasi Jadual Pasang Surut dari Apple Store. Kali ini saya bawakan lagi Aplikasi Jadual Air Pasang Surut untuk pengguna smartphone android pula.

Dewasa ini penggunaan Smartphone menjadi satu keperluan bagi memudahkan aktiviti seharian. Jadi anda sebagai seorang pemancing,  gunakanlah sepenuhnya kecanggihan teknologi tersebut arah sesuatu yang berguna untuk anda.

Apa yang ingin saya katakan ialah dari aspek kemudahan dan ilmu memancing yang boleh anda ambil dan gunakan sebagai panduan untuk aktiviti memancing. Apa yang anda boleh perolehi dari aplikasi smartphone sebenarnya banyak yang percuma. Yang penting anda rajin terokai ataupun godek-godek dalam "Apple Store" ataupun "Google Play".

Bagi memanfaat sepenuhnya smartphone anda saya perkenalkan lagi beberapa Aplikasi Android Jadual Air Pasang Surut untuk pengguna Android yang mana mendapat rating tertinggi dari pengguna. Sebelum ini saya ada terbitkan beberapa Aplikasi Android dan Apple seperti Panduan Memancing Ikan dan Panduan Cara Ikatan Mata Kail. Terdapat Tiga Aplikasi Android yang dijadikan Panduan Table Pasang Surut Air di Malaysia. Tiga Aplikasi ini boleh di download secara percuma di "Google Play". Aplikasi yang di maksudkan seperti dibawah.

Tide Prediction

Membolehkan tontonan mudah offline carta pasang surut grafik pada telefon android anda. Ramalan Table Pasang Surut beroperasi sepenuhnya secara OFFLINE (kecuali integrasi Google Maps). Ini bermakna tiada kos untuk penggunaan data pada smartphone anda. Carta arus grafik juga  menunjukkan peredaran siang dan malam serta masa untuk surut dan pasang

Jadual Air Pasang Surut

Ciri-ciri Aplikasi Jadual Pasang Surut Tide Prediction 

Jadual Air pasang surut lebih 3000 air pasang dan stesen semasa di seluruh dunia (Oleh itu, aplikasi ini mengambil ruang yang agak besar pada telefon anda).
 
Menggunakan GPS anda dan pembekal rangkaian untuk menyokong carian lokasi.

Paparan Jadual Pasang Surut

Paparan Jadual Pasang Surut

Tide Chart Free

Aplikasi android ini percuma sepenuhnya dan memaparkan sepenuhnya Jadual pasang Surut dalam bentuk Grafik yang mudah di fahami.

Jadual Air Pasang Surut


Jadual Table Pasang Surut

Tide Near Me

Jadual Air Pasang Surut berhampiran anda, cepat & percuma, dengan satu jenama baru aplikasi “Tides Near Me”. “Tides Near Me” memberi tumpuan kepada stesen air pasang berhampiran anda dan keadaan pasang surut semasa. Maklumat Air Pasang Surut semasa dan akan datang, serta maklumat apabila matahari dan bulan akan naik atau set. Sepenuhnya automatik jadual air pasang, carta, dan ramalan-ramalan. Tiada bayaran yang dikenakan diperlukan "up to date"  maklumat pasang surut laut di lebih daripada 4,400 stesen pasang surut.

Jadual Pasang Surut Laut


Ketiga-tiga Aplikasi Android Jadual Air Pasang Surut ini hanya boleh di muat turun di "Google Play" Smartphone Android anda. Anda juga setengahnya boleh di dapati juga di "Apple Store" bagi pengguna Iphone, Ipad dan juga Ipod.

Bagi yang belum mempunyai kedua smartphone ini anda boleh menyemak Jadual Air Pasang Surut menerusi Laman Web Jadual Pasang Surut 2014. Jadi gunakanlah smartphone anda untuk kemudahan dan menambahkan Ilmu dalam aktiviti memancing ikan.

Jadilah Sifu atau Otai Teknik Memancing secara mudah dan pantas. Semoga Aplikasi Android Table Air Pasang Surut ini memberi manfaat untuk anda. Was'salam.

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Jadual Pasang Surut Android yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Pasang Surut, Jadual pasang Surut, Air Pasang Surut, jadual, table, Jadual Air Pasang Surut, Table Air Pasang Surut, air, pasang, surut Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 07:48

2 comments:

  1. 1st time dengar pasal appliaksi ni. thanks for the info

    ReplyDelete
  2. kalau orang tu berkerja nelayan inin bercuti tepi pantai bagus agaknya menggunakan aplikasi ini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free