Kejadian Pasang Surut

kejadian pasang surut

Fenomena Kejadian Pasang Surut

Kejadian Pasang Surut

Apakah Kejadian Pasang Surut? Bagaimanakah Pasang Surut Terjadi? Aku akan terangkan Kejadian Pasang Surut Sebenarnya. Kejadian Pasang Surut sebenar salah bab yang aku pelajari semasa menuntut Di Universiti Teknologi Malaysia. Kejadian Pasang Surut adalah salah satu bab dalam subjek Astronomi. Aku sebenar dah tak berapa ingat sangat pasal ni, sebab dah lama sangat graduate 2001. Dah 13 tahun tinggalkan Status pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Jaybee. Sehari dua ni tengah buat entri Jadual Pasang Surut, jadi aku buka balik catatan lama tentang bagaimana kejadian pasang surut itu berlaku serta definisi. Jadi mari kita lihat Apakah Kejadian Pasang Surut.

Ketika belajar dulu aku ada buat kajian tentang Kejadian Pasang Surut kat Jeti Polis Pelabuhan Kuantan. Buat Perkemahan wajib lulus seminggu kat situ dengan semua student satu Course dengan aku. Satu hari kena aku ambil bacaan air untuk analisis data Pasang Surut kat situ setiap 30minit. Selepas habis turn aku, sempat juga pinjam bot Polis Marin pi memancing di kawasan larangan kat Pelabuhan Kuantan bersama seorang rakan sekelas dengan 2 orang lecturer aku.

Nasib baik guna bot polis Marin, kalau tak gerenti kena halau. Satu hari memancing jam 10 pagi sampai 6 petang. 1 Tong dapat macam-macam ikan, rakan aku pulak sampai muntah hijau, dek penangan mabuk laut. Kita stop pasal ni dulu, nanti aku sambung dalam entri sepatutnya. Sekarang aku cerita pasal Kejadian Air Pasang Surut dulu.

Definisi Pasang Surut Wikipedia

Pasang surut ialah naik dan turunnya paras air laut akibat kesan putaran Bumi dan tarikan graviti Bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Waktu air pasang, air laut tenang dan kadang-kala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 kilometer. Waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut. Contohnya air pasang di hilir Sungai Perak, air akan naik atau mudik he hulu sehingga ke Kampung Air Mati. Ketika air pasang inilah penduduk yang berperahu dari Teluk Intan mudik semula ke Kampung Pebayan, Pulau Indera Sakti, Kampung Air Mati, Bandar dan lain-lain. Air dari hulu lebih mudah ditongkah ketika air pasang.
Pasang surut

Kenali Pasang Surut

Pasang surut secara umumnya dikenali sebagai pasang surut astronomi. Pasang surut dapat didefinisikan sebagai kenaikan dan penurunan aras laut akibat daripada tarikan graviti bulan, matahari dan elemen astronomi lain yang berkaitan dengan bumi semasa bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Kenaikan dan penurunan aras laut ini berlaku tetap samada satu atau dua kali sehari. Daya tarikan graviti berkadar terus dengan jisim sesuatu bahan. Walaupundaya tarikan graviti matahari lebih kuat, namunjarak yang jauh antara matahari dan bumi berbanding bulanmenyebabkan daya tarikan graviti bulan lebih mempengaruhi fenomena Kejadian pasang surut.

Kejadian air pasang surut (high tide) adalah disebabkan oleh paras air yang mencapai kedudukan puncak (crest). Semasa air pasang, paras air akan naik disebabkan pantai yang bertindak sebagai satu penahan yang menghalang pergerakan air ke pantai sehingga mencapai satu tahap maksimum dan kemudiannya akan turun semula.

Manakala bagi kejadian air surut (low tide) pula berlaku apabila paras air menurun sehingga satu tahap minimum. Jarak vertikal antara pasang dan surut dikenali sebagai julat pasang surut (tidal range) dan julat ini bergantung kepada kekuatan ombak dan tanah yang terdapat di kawasan tersebut.

Berdasarkan hasil kajian ahli-ahli astronomi, terdapat tiga jenis kejadian pasang surut yang berlaku disebabkan oleh keadaan-keadaan yang tertentu. Jenis-jenis fenomena pasang surut ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu pasang surut separuh harian (semidiurnal), harian (diurnal) dan campuran (mixed) seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah Ciri-ciri setiap jenis fenomena pasang surut tersebut adalah seperti berikut (Mcmillan, 1966).

Jenis Fenomena Pasang Surut


Pasang Surut Jenis Separa Harian (Semidurnal)

Pasang surut jenis ini berlaku di mana satu kitaran pasang surut yang mengambil masa selama 12 jam 25 minit. Jadi terdapat dua nilai ketinggian air pasang dan surut yang hampir sama berlaku dalam satu hari dalam tempoh 24 jam 50 minit. Kebanyakan kawasan di dunia ini mengalami psang surut jenis ini seperti di sekitar Pantai Atlantik Amerika Syarikat dan benua Eropah. Manakala di Malaysia pula adalah seperti Negeri Sembilan,Melaka dan Selangor.

Pasang Surut Jenis Harian (Diurnal)

Pasang surut jenis ini berlaku dimana satu kitaran pasang dan surut mengambil masa selama 24 jam 50 minit dalam sehari. Ini bermaka terdapat hanya sekali aras air pasang dan surut. Ia banyak terdapat di kawasan sepanjang pantai utara Teluk Tonkin,Vietnam serta tempat-tempat lain. Di Malaysia seperti sepanjang pantai negeri Terengganu dan Pahang.

Pasang Surut Jenis Campuran (Mixed)

Pasang surut jenis ini menggabungkan pasang surut jenis harian dan separa harian. Biasanya berlaku pasang surut secara harian dan boleh bertukar kepada pasang surut harian. Paras air maksimum dan minimum yang berterusan adalah jauh berbeza di mana terdapatnya paras air maksimum yang lebihtinggi dan lebih rendah, di samping aras air minimum yang lebih tinggi dan lebih rendah (higher lowwater andlower low water).Ia banyak berlaku disepanjang Perairan Pasifik Amerika Syarikat (U.S Pacific Port), Pantai Semenanjung Malaysia seperti negeri Johor, Perak, Perlis, Kelantan dan beberapa tempat lain di dunia.


Kejadian Pasang Surut menunjukkan Kebesaran Allah SWT. Dah panjang lebar jugak cerita pasal Kejadian Pasang Surut. Nanti aku sambung Bab kedua berkenaan Pasang Surut dan juga baca Jadual Pasang Surut. Jadi untuk kali ini Baca dulu berkenaan Jadual Pasang Surut pada link entri kat bawah.

Ditulis Oleh : Unknown ~Myrodreel

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Kejadian Pasang Surut yang ditulis oleh Myrodreel yang berisi tentang :Pasang Surut, Kejadian Pasang Surut, Jadual pasang Surut, Kejadian, Pasang, Surut, Apakah Pasang Surut, Kenali Pasang Surut, Jenis Fenomena Pasang Surut, Fenomena Pasang Surut, Definisi Pasang Surut Dan Anda boleh copy paste artikel dengan berhemah, sertakan sumber asal link artikel.

Blog, Updated at: 10:26

3 comments:

Terima kasih sudi komen di Myrodreel Malaysia

Bro Hantu
My Ping in TotalPing.com DMCA.com Protection Status Add Url  Free Instant Backlink Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free