Udang Galah |
Perambut Memancing Udang Galah
Bagaimana Cara Perambut Udang Galah? Perambut udang galah sebenarnya amat mudah di sediakan. Menyediakan
perambut memancing udang galah tidaklah serumit perambut memancing ikan. Apa
yang anda perlukan untuk persediaan perambut Udang Galah untuk memancing udang galah ialah
mata kail udang galah dan Tali perambut. Udang Galah sebenarnya
memakan umpan meggunakan penyepitnya. Biasanya udang memakan umpan dari hujung
mata kail, bukannya dari tepi ataupun menelan sekaligus seperti ikan. Perambut
udang galah yang saya terangkan adalah cara memancing udang galah menggunakan
teknik Bottom.
Mata Kail Udang Galah
Mata kail Udang Galah sebenar amat mudah di dapati di kedai
pancing. Biasanya mata kail untuk memancing udang galah berbentuk sabit.
Terdapat pelbagai jenama mata kail udang galah. Criteria terbaik dalam
pemilihan mata kail ialah ketajaman, kukuh dan tahan lasak. Terdapat dua jenis
mata kail yang sesuai untuk memancing udang galah iaitu yang berduri dan yang
tidak berduri. Saya biasanya menggunakan yang tidak berduri kerana lebih tajan
serta mudah melekat pada mulut udang galah. Saiz yang sesuai di gunakan ialah
saiz sederhana kerana kebarangkalian mengena udang semua saiz adalah tinggi.
Anda juga boleh memilih saiz 2 atau 3.Teknik Ikatan Mata Kail Udang pula anda boleh baca,
Cara Ikatan Mata Kail Udang Galah
Tali Perambut Udang Galah
Tali perambut memainkan peranan yang juga amat penting dalam
mengumpan atau memancing udang galah. Tali perambut udang galah biasanya lebih
halus dari tali utama yang mana boleh mengatasi masalah sangkut ketika
memancing udang galah. Tali tangsi adalah tali perambut yang saya syorkan dan
berkekuatan antara 5-15 lbs. Panjang tali perambut untuk memancing udang galah
adalah lebih kurang sejengkal.
Contoh Perambut Udang Galah
Terdapat
dua contoh atau jenis perambut untuk Memancing Udang
Galah yang biasa saya gunakan. Perambut jenis "Single" dan juga jenis
"V" yang selalu saya gunakan untuk perambut memancing udang Galah.
Contoh Perambut Udang Galah tersebut seperti saya tunjukkan pada
gambarajah dibawah.
Perambut Udang Galah |
Contoh Perambut Udang Galah |
perambut udang galah sesuai tak kalau kita pergi mancing dalam kolam punya
ReplyDeleteUntuk kolam udang galah boleh, takder masalah..
Delete